Kajang, 27 Dis: Satu himpunan mempertahankan tulisan jawi akan diadakan di Stadium Kajang esok Sabtu pada jam 10.30 pagi.
Menurut kenyataan oleh Ustaz Masridzi Sat mewakili Gabungan NGO Melayu Islam Bangkit, himpunan tersebut adalah susulan laporan polis membantah penganjuran kongres menolak Tulisan Jawi oleh Dong Jiao Zong.
Setakat ini, himpunan mempertahankan jawi tersebut mendapat sokongan lebih 40 pertubuhan dan didakwa mendapat kelulusan dari pihak polis.
“Seluruh umat Islam termasuk pertubuhan-pertubuhan Melayu Islam, kumpulan silat serta rakyat yang cintakan perpaduan dijemput hadir bersama-sama untuk menzahirkan sokongan pertahan Tulisan Jawi.
Sokongan semua amatlah diperlukan didalam mendepani kebiadapan dan provokasi Dong Jiao Zong kini.” – Ustaz Masridzi Sat
Berikut merupakan kenyataan penuh :
HIMPUNAN PERTAHAN TULISAN JAWI
HEBAHAN SEGERA!
PERHIMPUNAN PERTAHAN TULISAN JAWI
Ekoran Laporan Polis beramai-ramai yang telah dibuat pada 25 Disember 2019 terhadap Dong Jiao Zong atas penganjuran mereka mengadakan satu kongres gabungan Pertubuhan Cina menolak Tulisan Jawi, satu Perhimpunan Aman akan diadakan dengan butiran berikut:
Tarikh : 28 Disember 2019 (Sabtu)
Masa : 10.30 pagi – 1.00 tengahari
Tempat :
Stadium Kajang, Jln Cheras, Bandar Kajang, Selangor.Lokasi https://maps.app.goo.gl/1R9M5ZPGXg5k2Mnp7
Seluruh umat Islam termasuk pertubuhan-pertubuhan Melayu Islam, kumpulan silat serta rakyat yang cintakan perpaduan dijemput hadir bersama-sama untuk menzahirkan sokongan pertahan Tulisan Jawi.
Sokongan semua amatlah diperlukan didalam mendepani kebiadapan dan provokasi Dong Jiao Zong kini.
Sekian. Terima kasih.
Ust Masridzi Sat
Gabungan NGO Melayu Islam BangkitUntuk info lanjut:
Tuan Nazri: 019-2651612
Che Nornadia: 010-4027696
Pak Li: 013-9264111NGO-NGO Yang Menyokong
—————————–
01. PERKID
02. Sekretariat Gabungan Silat Pertahan Perlembagaan (PERTAHAN)
03. Aktivis Busana Melayu (ABM)
04. MUAFAKAT
05. PENJAWI
06. Armada Malaiu Malaysia
07. Kelab Sosial Armada Sahabat Bersatu
08. Alternative Riding Club (ARC)
09. Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia Negeri Pahang
10. Wira Putra
11. Persaudaraan Naga Rantau
12. NOBAT Malaysia
13. Combat Satukan
14. Gerakan ABATA
15. Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM)
16. Kelab Veteran Komando
17. Persatuan Seni Silat Lantang Selangor
18. PEKIDA Daerah Kuala Lumpur (PDKL)
19. Young Professionals
20. Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA)
21. Persatuan Seni Silat Sukmorogo
22. Majlis Salam Sahabat SeMalaysia (MASSA)
23. Gabungan NGO2 Berbaiah
24. PERMAS
25. Pusaka Gayong Malaysia
26. GERAS 7
27. SBI
28. Angkatan Gerak Minda M’sia (AGRA)
29. Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)
30. PEKIDA Wilayah Persekutuan (PWP)
31. MJMM
32. BENDAHARA
33. Gerakan Selempang Merah Malaysia
34. PERMIS
35. PERMOB
36. KOPAMED Putrajaya
37. GN1M
38. Sekretariat GERAM
39. PEMANTAU Malaysia
40. Pertubuhan Al Ehsan Malaysia
…Mana-mana pertubuhan yang ingin bersama, sila isi dalam senarai, terima kasih🙏🏻
#MelayuIslamBangkit
#TolakDongZongPihak penganjur sudah mendapat kebenaran PDRM
More Stories
Langgar SOP: Akhirnya Neelofa mohon maaf
Bicara kes rog0l Paul Yong : “2 kesan koyak pada selaput dara mangsa” – Pakar O&G
Audio perbualan : “Saya nafikan sekeras-kerasnya, ini percaturan politik jijik dan jahat! ” – Zahid