Kongres bantah jawi Dong Zong dibatalkan, polis dapat perintah mahkamah.

Kenyataan Media Ketua Polis Daerah Kajang.

Pemakluman Perintah Mahkamah Bagi Penganjur Dong Zong, Untuk Tidak Meneruskan Persidangan Di Kolej New Era, Kajang Pada 28/12/19

Pada 27/12/2019 @ 3.00pm, pihak Polis IPD Kajang telah memohon dan mendapat Perintah Mahkamah Kajang utuk pihak Dong Zong tidak meneruskan Persidangan Membantah Isu Tulisan Jawi yg akan diadakan pada 28/12/19 di Kolej New Era, Kajang.

Perintah ini telah diserahkan kepada pihak Dong Zong pada 27.12.19 jam 5.00pm.

Pihak polis menyeru kepada semua pihak terlibat dan orang ramai supaya tidak hadir ke Persidangan tersebut ataupun mana-mana perhimpunan bagi membantah perhimpunan ini yang dianjurkan oleh pihak NGO, Persatuan dan Pertubuhan untuk memprotes persidangan berkenaan.

Banyak Laporan-laporan polis dibuat di seluruh negara berhubung Persidangan ini.

Bagi mengekalkan ketenteraman dan keselamatan awam Pihak polis, khasnya IPD Kajang telah memohon perintah ini atas dasar untuk mengelakkan berlakunya gangguan kepada ketenteraman awam yang mana boleh mencetuskan kegusaran orang ramai di daerah ini.

Pihak Polis menyeru semua pihak agar menghormati undang2 dan Perintah Mahkamah ini.

Polis akan ambil tindakan tegas sekiranya ada pihak yang enggan mematuhinya.

Kenyataan Media
KPD Kajang
27/12/19

Author: Buletin TTKM

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.