Kongress Bantah Jawi Dong Zong: Beberapa jalan di kajang ditutup

Kajang, 27 Dis: BEBERAPA jalan utama di Kajang akan  ditutup sempena persidangan bantahan tulisan jawi oleh Persekutuan Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) Sabtu ini.

Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang memaklumkan penutupan jalan utama itu bermula dari 11 pagi hingga 5 petang melalui satu kenyataan.

“Antara jalan yang ditutup adalah di persimpangan lampu isyarat Jalan Kuala Lumpur-Seremban, persimpangan lampu isyarat Jalan Changkat, persimpangan lampu isyarat Jalan Bukit Indah, Jalan Jati dan Lebuhraya Lingkaran Kajang (SILK) ke Jalan Bukit.

“Pada peringkat pertama, persimpangan lampu isyarat Jalan Bukit Indah dan Jalan Jati ke Jalan Bukit akan ditutup dan dipantau anggota trafik. Pergerakan kenderaan adalah seperti biasa.

“Peringkat kedua pula membabitkan penutupan persimpangan lampu isyarat Jalan Kuala Lumpur-Seremban dan persimpangan lampu isyarat Jalan Changkat ke Jalan Bukit yang dibuat secara berperingkat mengikut keadaan lalu lintas di lokasi penganjuran,” 

Menurut kenyataan itu lagi, orang ramai diminta mematuhi arahan pegawai kawalan lalu lintas yang bertugas ketika dan sebelum penutupan jalan dilakukan.

“Pengguna jalan raya diminta mengawal kelajuan dan kenderaan masing-masing supaya tidak berlaku kemalangan dan perkara lain yang tidak diingini.

“Elakkan mengguna laluan yang akan ditutup dan disarankan menggunakan laluan alternatif lain bagi urusan harian. Kerjasama daripada orang ramai diperlukan sepanjang penutupan jalan ini.

“Orang ramai boleh menghubungi Bilik Gerakan IPD Kajang di talian 03 89114242 untuk sebarang pertanyaan berhubung penutupan jalan terbabit,” 

-Buletin TTKM-

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.