PM bersetuju tangguhkan pemansuhan elaun kritikal – Syed Saddiq

KUALA LUMPUR, Dis 27 — Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bersetuju untuk menangguhkan pemotongan elaun kritikal untuk perkhidmatan penjawat awam sementara menunggu keputusan dari mesyuarat kabinet akan datang, kata Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Menteri belia dan sukan berkata demikan dalam satu video yang dinaikkan di laman facebooknya sebentar tadi.

“Saya baru sahaja berbincang dengan YAB PM Tun Dr Mahathir berkenaan isu elaun kritikal dalam pekeliling JPA. Alhamdulillah, YAB PM telah pun bersetuju untuk menangguhkan pekeliling JPA yang baru berkenaan elaun kritikal, dan kabinet akan bersama membincangkan isu ini pada mesyuarat kabinet yang pertama pada buln Januari yang akan datang.” – Syed Saddiq Syed Abdul Rahman. 

Berita lanjut menyusul – Buletin TTKM

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.