April 21, 2021

Buletin TTKM

BERSANDAR FAKTA, BERCORAK SANTAI

ISU TULISAN JAWI: HANIPA MAIDIN CATAT REKOD

ISU TULISAN JAWI: HANIPA MAIDIN CATAT REKOD

Oleh : Dr Kamarul Yusof

Hanipa Maidin malam ini mencatat rekod menjadi pemimpin kerajaan bertaraf Menteri dan Timbalan Menteri pertama yang menyanggah keputusan polis memohon perintah mahkamah untuk membatalkan Persidangan Pertubuhan Cina yang menentang tulisan jawi.

Dengan berbuat begini, Hanipa telah meletakkan diri beliau sebaris dengan pemimpin DAP seperti Dr P Ramasamy dan Howard Lee, pemimpin GERAKAN seperti Datuk Dr Dominic Lau, pemimpin MCA seperti Datuk Chong Sin Woon dan aktivis NGO seperti Siti Kasim.

Hanipa juga dengan ini menyanggah Ketua Pemuda AMANAH, Hasnul Zulkarnain Abd Munaim, dan Pemuda AMANAH Terengganu yang menentang persidangan itu kerana menganggap ia kurang matang, tidak patriotik, paranoid melampau dan amat keterlaluan.

Bijakkah seorang Timbalan Menteri Undang-Undang menyelar tindakan agensi penguatkuasaan utama negara yang sekadar mahu menegakkan keamanan negara?

Tidakkah kenyataan Hanipa ini akan membuka laluan kepada pemimpin DAP, khususnya yang berjawatan Menteri dan Timbalan Menteri, untuk menjadi lebih berani dalam mengkritik tindakan polis ini? -Buletin TTKM


RSS
Follow by Email
%d bloggers like this: