Oleh : Alan Azlan
Sebenarnyakan, bila aku sedang cuti dengan perasaan orang putih di sini malas nak komen pasal isu-isu bodoh kat Malaysia. Baiklah aku berjalan sambil cuci mata melihat anak-anak ikan di sini tapi makin melampau pula aku lihat yang acah-acah aktivis ni. Orang Johor panggil loghat. Tahu tak? Loghat bukan main.
Tulisan Jawi yang nak dimasukkan ke sukatan dalam buku teks tu pun nak kecoh. Memang dari dulu lagi pun memang dah ada belajar jawi cuma sekarang mungkin nak perkasakan. Apa masalah tambahkan lagi ilmu? Tambahlah subjek Bahasa Tamil ke Mandarin ke dalam sukatan mata pelajaran untuk semua. Selagi nama dia ilmu apa benda yang kau menggelabah tetek selulit kau nak bantah. Ilmu kan tu.
Apa bendanya yang mengikdoktrinkan budak-budak dengan Islamisasi bagai. Ada kah kau lihat orang Cina atau India masuk Islam sebab baca Metro ke Utusan ke naskah agung Cikgu Suraya ke? Eh.
Nak cakap pasal bahasa dan tulisan sangat kan? Mari sini sis, kau dengar elok -elok. Dalam bidang perundangan pun kita belajar istilah latin dengan tulisan dia sekali. Walaupun bukan secara formal tapi kau akan jumpa juga ekspresi tu dalam Penghakiman Bertulis para hakim seperti ‘esjudem generis’, ‘a fortiori’, ‘reductio ad absurdum’, ‘pari delicto’ dan macam-macam lagi.
Ada kau pernah dengar gerakan untuk haramkan istilah latin digunakan dalam penulisan keputusan atau hujahan? Tak ada kan?
Benda ni dah berdekad dalam sejarah perundangan negara kita. Dan asas perlembagaan hak asasi manusia yang tertua di dunia yang mana kita sampai sekarang masih berkiblat dengannya iaitu Magna Carta dalam tulisan asalnya dalam Bahasa Latin.
Kau selak sikit Penghakiman Bertulis Yang Arif Tan Sri Eusoffee Abdoolcader menangis kau Haryati tengok literary hybrid di antara Bahasa Inggeris dengan Latin yang Almarhum gunakan. Tu pun Kalau kau rajin bacalah. Ye lah keje kau asyik nak menyalak je kan.
Takda pula kau nak bising. Pasal Jawi sahaja terus sampai terkeluar anak tekak kau. Kenapa eh?
Ni lagi satu aku nak cakap,
Sudah-sudah lah tu jadi Islamophobic. Asal benda yang berkait dengan Melayu ke Islam ke kau menyalak pastu mulalah poen kau merenyam tak senang duduk kena calit cabai.
Kau lupa kau sendiri yang hangatkan lagi api Islamophobia tu.
Kau cakap belajar jawi jadi regresif?
Kalau Cik Minah tepi Pasar Seni cakap macam tu aku boleh telan lagi sebab sekurang-kurangnya dapat la diskaun beli pemegang kunci dia untuk skandal.
Tapi dari mulut peguam sendiri buat aku malu dengan keberadaan kau sebagai ahli majlis peguam sama macam aku.
Dah la. Nanti kita sambung. Nak periksa lihat siapa yang swipe right sebentar.
Ok, selamat tinggal!
Artikel ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pendirian Buletin TTKM. Penulis merupakan seorang peguam- Editor