May 17, 2021

Buletin TTKM

BERSANDAR FAKTA, BERCORAK SANTAI

Masjid di Pulau Pinang dibuka hanya 9.30am-9.30pm, tiada solat subuh.

Pulau Pinang, 29 Dis: Masjid Jalan York di Pulau Pinang menghadkan operasinya dari 9.30 pagi sehingga 9.30 malam secara tidak langsung tidak dibuka untuk solat subuh bermula 31 Disember ini.

Perkara ini disahkan melalui satu memo yang ditandatangani oleh pengerusi Masjid berkenaan, Dato Dr Basheer Ahamed bin Abdul Kareem yang kini tular di media sosial menyebabkan kemarahan orang Islam.

Pada perkembangan yang sama, beberapa ahli kariah bersemuka dengan pengerusi masjid tersebut berhubung arahan yang diberikan.

“Masjid jangan kunci. You tak datang, siapa tak datang itu dia punya pasal. Kita mahu datang solat!.. Tuan kata tak ada orang.. Siapa kata tak ada orang?” – Ahli kariah.

Beliau kemudian akur dengan desakan dan berkata akan membuka masjid seperti yang diminta.

masalah.JPG
Tuan pengerusi majlis, Dato Dr Basheer Ahamed kiri. 

Sementara itu, Sinar Harian melaporkan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) akan memanggil Pengerusi Masjid Jalan York berhubung notis waktu operasi masjid tersebut yang dihadkan antara jam 9.30 pagi hingga 9.30 malam sahaja.

Pengarahnya, Zulkifli Long berkata, beliau telah mengarahkan pegawai tadbir agama JHEAIPP untuk berhubung dengan pengerusi masjid tersebut bagi mengadakan sesi perjumpaan secepat mungkin.

Menurutnya, pihaknya turut tidak bersetuju dengan notis tersebut kerana masjid merupakan tempat ibadat orang Islam yang perlu dibuka setiap masa.

“Saya telah mengarahkan pegawai saya untuk memanggil pengerusi masjid bagi mendapatkan alasan mengapa notis had operasi masjid seperti itu dikeluarkan. Kita akan mengadakan perjumpaan secepat mungkin kerana mengikut notis itu, ia akan berkuatkuasa pada 31 Disember ini.

“Jadi ada masa lagi untuk kita bincang. Pendirian JHEAIPP, mengehadkan waktu operasi masjid tidak sepatutnya berlaku kerana fungsi masjid adalah untuk ibadat. Ia sepatutnya dibuka setiap masa,”  – Zulkifli Long

-Buletin TTKM-

RSS
Follow by Email
%d bloggers like this: