PROGRAM SUBSIDI PETROL DITANGGUHKAN

Kenyataan akhbar Datuk Seri Saifuddin Nasution Bin Ismail
Menteri Perdagangan Dalam Negeri

Kerajaan pada 7 Oktober 2019 telah mengumumkan pelaksanaan
Program Subsidi Petrol (PSP) bermula Januari 2020 sesuai dengan
manifesto Pakatan Harapan.

Kerajaan memperuntukkan RM 2.4 billion dalam Belanjawan 2020
dengan jumlah penerima manfaat ini seramai 8juta orang daripada
kelompok B40 dan M40.

Mesyuarat Kabinet pada 18 Disember 2019 telah memutuskan bahawa
pelaksanaan PSP yang dijadual bermula Januari 2020 tidak diteruskan
dahulu sehingga satu masa yang akan diumumkan kemudian.

Hal ini adalah untuk memberi ruang:

1. Sesi penerangan dan penjelasan diteruskan dengan tujuan memberi
kefahaman dan mempersiapkan rakyat menerima pelaksanaan
program PSP ini.

2. Proses pendaftaran penerima daripada kelompok M40 akan
dikendalikan oleh Kementerian Kewangan.

Sementara menunggu konfirmasi pelaksanaan PSP ini diumumkan
kemudian, rakyat akan terus menikmati harga petrol sepertimana
sistem sekarang.

Sekian, terima kasih
Datuk Seri Saifuddin Nasution Bin Ismail
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna
30 Disember 2019

Author: Buletin TTKM

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.