Mansuh elaun kritikal : “Kabinet luluskan tergesa, cuma baca muka depan”

PUTRAJAYA 31 Disember: Menteri kabinet tidak membaca keseluruhan kertas cadangan pemansuhan elaun kritikal sebelum meluluskannya, kata menteri wilayah persekutuan, Khalid Samad.

Menurut laporan FMT,  Khalid turut mempersoalkan kertas tersebut yang dibentangkan kepada menteri pada hari yang sama kabinet bermesyuarat, dan bukan seperti kebiasaan dua minggu sebelumnya.

Malaysian Gazzette pula melaporkan pemansuhan BIPK oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dibuat dalam keadaan tidak dirujuk penuh semasa Mesyuarat Jemaah Menteri (MJM) kerana ia merupakan perkara terakhir dalam kertas cadangan.

Mukadimah kertas cadangan itu jelas beliau, hanya menyatakan tentang penyelarasan.

“Kalau tengok kertas cadangan ia merupaka perkara ke-35 last paper dan dibentang hari itu juga, jadi ada yang baca muka depan sahaja iaitu tentang penyelarasan elaun.

“Belakang baru bincang cerita pemotongan bila kita tidak sempat baca, kita baca covering letter tidak ada cakap (tentang pemansuhan BIPK) hanya sempat rujuk mukadimah penyelarasan, sebab itu ia lulus begitu,”  – Khalid Samad

Demi mengelakkan perkara yang sama berulang, Khalid akan mencadangkan kepada Kabinet agar tidak meluluskan cadangan tanpa mempertimbangkannya secara lebih terperinci, kecuali melibatkan perkara tertentu.

“Saya akan minta Kabinet, untuk tidak meluluskan terus yang dibentangkan pada hari itu kecuali kecuali yang benar-benar terdesak, kalau tidak tidak adil untuk menteri buat keputusan.

“Kami tidak dapat membaca kesemuanya, dan ia diluluskan. Kenapa tergesa?” – Khalid Samad.- Khalid Samad

Jabatan Perkhidmatan Awam sebelum ini telah mengumumkan profesional yang memasuki jawatan awam tidak lagi akan dibayar elaun tersebut. Pengumuman itu telah menyebabkan protes di seluruh negara malah petisyen untuk mendesak ia dikembalikan kini mencecah 100, 000 tandatangan.

Terdahulu lima persatuan perubatan turut mendesak supaya elaun kritikal kepada profesional kesihatan dikembalikan termasuklah Persatuan Pembantu Perubatan Malaysia, Persatuan Pergigian Malaysi, Persatuan Perubatan Malaysia, Persatuan Jururawat Malaysia dan Persatuan Farmasi Malaysia. -Buletin TTKM-

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.