Petisyen kekalkan Dr Maszlee dapat 140k tandatangan

Media Sosial, 2 Jan : Petisyen dalam talian untuk mengekalkan Dr Maszlee Malik sebagai menteri pendidikan dilancarkan petang tadi dan setakat jam 10 malam ini, mendapat lebih 140 000 tandatangan.

Berikut merupakan petisyen tersebut: 

YB Maszlee Malik sebagai Menteri Pendidikan Malaysia telah berusaha untuk meningkatkan kualiti pendidikan negara dengan memperkenalkan pelbagai inisiatif yang telah terbukti memberi manfaat kepada pelajar, guru guru dan masyarakat. KPM dibawah kemudian YB telah bersikap telus dengan segala inisiatif dan progres usaha-usaha reformasi pendidikan. 

Antara sumbangan beliau dan tempoh yang singkat ini adalah, 

  • Sifar Sekolah Daif
  • Program Sarapan Pagi Percuma
  • Program Pertukaran Guru “Suka Sama Suka”
  • Penambahbaikan Pendidikan Untuk Pelajar OKU
  • Perkhidmatan Internet Kelajuan Tinggi
  • Peningkatan Program TVET
  • Menjaga Kebajikan Guru Guru

Malangnya, segala inisiatif beliau telah dibayangi dengan laporan laporan negatif yang telah disensasikan oleh pihak yang berkepentingan.

Keputusan meletakkan jawatan adalah satu kehilangan besar buat negara. Mewakili kumpulan masyarakat, kami memohon agar YB Perdana Menteri sebagai negarawan terulung untuk mengembalikan YB Maszlee Malik untuk menggalas tanggungjawab sebagai Menteri Pendidikan Malaysia.

“Pendidikan Untuk Semua”

#SupportMaszle

Maszlee pada sidang akhbar di kementerian pendidikan petang tadi mengumumkan peletakan jawatan beliau sebagai menteri pendidikan berkuat kuasa 3 januari 2020.

Perdana menteri, Tun Dr Mahathir dijangka akan melakukan rombakan kecil kabinet beliau bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Maszlee.

Maszlee, mantan pensyarah dilantik sebagai menteri pendidikan pada 21 May selepas pengumuman Dr Mahathir melantik dirinya sebagai menteri pendidikan mendapat tentangan pelbagai pihak.

Maszlee juga merupakan ahli parlimen Simpang Renggam dan ahli majlis tertinggi Bersatu.

Beliau dikritik oleh pebagai pihak dalam pelbagai isu sejak menjawat jawatan menteri pendidikan di antaranya mengenai UEC, pengajaran Jawi di sekolah vernakular dan yang terkini mengenai soalan kontroversi di satu universiti yang menyentuh isu sensitif . -Buletin TTKM-

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.