Jelir lidah: “Cybertroopers pembangkang sengaja perbesarkan”- Dr Tan

KUALA LUMPUR, 4 Jan – Ahli Parlimen Wangsa Maju, Dr Tan Yee Kew menganggap isu beliau menjelir lidah  tidak serius sebaliknya ia sengaja diperbesarkan oleh ‘cybertroopers’ yang diupah pembangkang untuk menjatuhkan imej pemimpin kerajaan.

Menurut laporan Sinar Harian, beliau turut akui kecewa dengan isu tersebut apabila perjuangannya menyelesaikan masalah penjaja tidak diberikan perhatian sebaliknya media lebih berminat memperbesarkan isu jelir lidah apatah lagi  apabila Najib Razak memberikan komen mengenai hal tersebut di laman facebooknya.

Kerana (Datuk Seri) Najib Razak yang komen terus jadi perhatian. Pada saya isu itu tidak sepenting nasib penjaja Danau Kota yang perlu ditumpukan.

“Kita dah tukar kerajaan, kita mahu perjuangkan keadilan untuk membela golongan bawahan. Pakatan Harapan (PH) sudah berjanji membela B40, bawa reformasi, itu yang kita lakukan tapi usaha itu tidak diberikan perhatian sewajarnya,” – Dr Tan Yee Kew

Pada Khamis, Najib Razak menaikkan video Dr Tan Yer Kew menjelir lidah kepada penjaja Danau Kota. Video tersebut mendapat 5600 perkongsian.

“MP siapa ni? Parti mana?Perangai memang macam ini ke?Satu penghinaan kepada rakyat.” – Najib Razak.

 

Laman troll politik,  Tentera Troll Kebangsaan Malaysia pula  melukis karikatur beliau menjelir lidah dan setakat ini mendapat lebih 3600 perkongsian.  – Buletin TTKM-

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.