Oleh : Abdul Azim Roslan
1. Ada satu istilah yang dipopularkan oleh sebahagian aktivis dan ahli politik tentang rakyat langit, iaitu “Bangsar bubble”.
2. Aku rasa, masalah utama Maszlee Malik sewaktu menjadi Menteri Pendidikan ialah banyak perkenalkan polisi yang tidak popular dengan golongan Bangsar bebal.
3. Antara dasar yang tidak popular dan diperkenalkan oleh Maszlee ialah penggunaan kasut hitam kepada pelajar, sarapan percuma kepada semua pelajar, akses pendidikan kepada pelajar OKU, lebih lebih peluang pendidikan kepada pelajar B40, zero rejection policy, dan akses pendidikan kepada pelajar tanpa dokumen.
4. Jawi lagi lah, dah macam meroyan kena sawan babi aku tengok.
5. Bagi golongan Bangsar bebal, Maszlee patut fokus kepada reform institusi pendidikan negara. Maszlee patut buat itu, Maszlee patut buat ini.
6. Semua main order je. Patut laksana idea itu hari ini juga dan result mesti ada esok hari. Idea-idea pula semua dari langit tak jejak bumi.
7. Bangsar bebal tak kisah dengan kasut hitam atau kasut putih, sebab anak mereka ada lebih dari satu kasut. Ada pula pembantu rumah yang tolong basuhkan setiap hari. Kasut sukan tak sama dengan kasut sekolah. Maka bagi mereka, kasut kotor bukan isu penting.
8. Bangsar bebal tak kisah dengan sarapan percuma. Anak-anak mereka setiap hari makan sarapan berkhasiat. Duit poket pula jangan cerita, sehari berpuluh ringgit. So sarapan percuma tak significant kepada mereka.
9. Bangsar bebal juga tak kisah soal akses pendidikan kepada golongan miskin B40, OKU atau anak-anak tanpa dokumen. Mereka kalau rasa tak puas hati dengan kualiti sekolah kerajaan, dengan senang hati mereka boleh hantar anak mereka ke sekolah swasta.
10. Keutamaan polisi golongan Bangsar bebal tidak sama dengan ibubapa di Kodiang, Pendang, Tumpat, Sarawak, Sabah etc.
11. Bangsar bebal selalu bincang polisi pendidikan (dan lain-lain) di Coffee House mewah. Harga satu cawan kopi sahaja dah bersamaan dengan kos makanan sehari untuk satu isi rumah bagi golongan keluarga B40.
12. Bangsar bebal ialah golongan T20. Kemudian sembang kuat dan bising nak beritahu bagaimana kerajaan patut laksana dasar pendidikan yang affect pada 80% yang lain.
13. Aku rasa, Bangsar bebal percaya cukai dibayar oleh mereka lebih banyak. Maka suara mereka patut didengar dan diberi perhatian yang lebih.
14. Peratusan mereka sebenarnya sangat kecil, tetapi suaranya bising. Ini kerena media berbahasa inggeris suka petik kenyataan mereka. Jaringan mereka pula kuat di media online.
15. Sebab itu suara mereka seakan perdana dimedia online. Tetapi hakikatnya suara mereka seperti anjing menyalak malam. Kita dengar takut seolah ada ratusan anjing diluar rumah. Walhal ia hanya seekor dua anjing gila yang kuat menyalak.
16. Aku harap, PH dan Bersatu tak kena dengan sindrom Bangsar bebal. Berpijaklah dibumi nyata, bukan di Menara Ilham semata.
17. Maaf. Aku baru perasan, niat nak tulis Bangsar bubble, tapi sengaja tertulis Bangsar bebal. Bunyi hampir sama, maksudnya begitu juga.
Ikhlas,
#KANS