Semakin popular: Najib hairan calon Warisan hairan dengannya

Kimanis, 4 Jan: Bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak  hairan dengan calon Warisan yang hairan terhadap populariti beliau termasuk di Sabah walaupun berdepan dengan sejumlah pertuduhan.

Najib berkata , sebab populariti beliau meningkat adalah mudah  iaitu beliau tidak berbau hancing, yang merujuk kepada banyak janji Manifesto Pakatan Harapan yang tidak ditunaikan.

“Saya hairan mereka hairan. Sebabnya mudah faham! Najib tak bau hancing.” – Najib Razak.

Terdahulu, Malaysiakini melaporkan calon Warisan Karim Bujang menyuarakan kebingungannya terhadap populariti bekas perdana menteri Najib Razak termasuk di Sabah.

“Saya tertanya-tanya, seorang yang ada kes di mahkamah, boleh datang ke sini dan berlagak seperti bos dan orang masih mengundi (untuk BN). Bagi saya itu ironi, bukan?

“Seorang yang dibicarakan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, datang ke sini dan orang masih panggilnya ‘Bossku’. Apa jenis mengarut ini?” – Karim Bujang

Semalam, Najib mendakwa Pakatan Harapan (PH) telah menyekat usaha BN untuk menukar landskap ekonomi rakyat Sabah apabila projek raksasa lebuh raya Pan Borneo kini terbengkalai.

Malaysiakini memetik Najib sebagai berkata, projek mega berkenaan adalah hadiah kerajaan BN kepada rakyat Sabah dengan membina lebuh raya tanpa tol.

“Ada dua isu utama yang berkisar sebelum pilihan raya kecil ini, pertama yang saya dapat lihat sendiri jalan Pan Borneo yang terbengkalai.

“Ini projek raksasa zaman BN masa saya jadi perdana menteri, hasrat saya ini satu hadiah kepada rakyat Sabah, yang akan menukar landskap ekonomi Sabah, tambahan tidak dikenakan tol.

“Tapi bila PH ambil alih mereka telah ubah kaedah pelaksanaan kononnya mahu jimat kos sebanyak RM1 bilion, tapi tak mungkin jadi kenyataan,”  – Najib Razak

Ketibaan Najib di Kimanis mendapat sambutan dari penduduk setempat.

PILIHAN Raya Kecil (PRK) Kimanis menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara Parti Warisan Sabah (WARISAN) dan Barisan Nasional (BN).

Parti WARISAN mempertaruhkan Datuk Karim Bujang sebagai calon, ditentang calon BN, Datuk Mohamad Alamin selepas kedua-duanya diumumkan sah bertanding dalam PRK Kimanis pada 18 Januari ini. –

PRK ini diadakan selepas kemenangan calon BN sebelum ini, Anifah Aman dibatalkan oleh mahkamah – Buletin TTKM-



LIKE us on FACEBOOK



Posting terkini:

Ada lagi berita menarik: