Zuraida tidak ambil kredit rasmi balai bomba Kimanis, ini buktinya…

Oleh : Muhammad Hafiz Rayyan

Assalammualaikum semua. Terasa rajin pula nak menulis dan menjawab juga “troll dari admin Najib Razak” petang semalam yang saya fikir mungkin adminnya bosan dan sekadar “troll” lalu “mengusik” Yb Zuraida Kamaruddin.

Tapi, tak mengapa.

‪Aku harap marilah kita semua berlapang dada untuk membaca tulisan aku ini. Tak setuju tak mengapa, begitu juga aku banyak tak setuju troll dari admin Najib Razak sebelum ni. Tapi aku cuba raikan perbezaan dan kelainan.

Untuk pengetahuan “admin Najib Razak”, kalau rujuk dari posting FB & Twitter Yb Zuraida, dan juga artikel di Bernama TV, beliau tidak ambil kredit langsung pun pembinaan balai bomba dari kerajaan lepas apabila beliau sendiri ada sebut di media bahawa balai tersebut dibina pada Sept 2015 dan siap pada Julai 2018. Ini bermakna jelas, Sept 2015 adalah ketika Barisan Nasional memegang tampuk kerajaan dan bukannya kerajaan langit mahupun kerajaan pasir berdengung.‬

Ya, semalam pimpinan PH mahupun BN semua hadiri penamaan calon PRK Kimanis dan Yb Zuraida ke sana atas kapasiti beliau sebagai Ketua Wanita Pakatan Harapan dan beliau juga ambil ruang untuk merasmikan juga Balai Bomba tersebut atas kapasiti beliau juga yang memegang portfolio menteri KPKT.

Balai bomba yg dibina pada Sept 2015 itu siap pada Julai 2018 dan beliau merasmikan semalam iaitu Januari 2020. Saya fikir walaupun bukannya dibina dibawah pimpinan beliau, tidak salah untuk beliau merasmikan dimana ia dibina hasil daripada perolehan sumber pendapatan negara.

‪Saya merasakan tidak ada masalah untuk beliau merasmikan balai bomba tersebut walupun kita sudah bertukar pimpinan.

Ditakdirkan pula, hari ini beliau memegang portfolio sebagai menteri KPKT sekurang-kurangnya bila perasmian seperti ini beliau dpt memberi kenyataan untuk beritahu pada rakyat ini hasil pendapatan negara tidak kira samada “tax payer” dari rakyat dan sebagainya dibelanjakan oleh kerajaan tidak kisah KERAJAAN LALU dan kerajaan hari ini untuk memberitahu hasil pendapatan negara dibelanjakan dengan cara yang betul dengan membina balai bomba seperti itu.

Boleh baca di sini kenyataan beliau semalam : http://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=1804402 .

‪Buat “admin Najib Razak”, bersabar dan “be positive”. Point semalam adalah kenyataan beliau dan bukan acara perasmian tersebut.

Kalau baca kenyataan menteri itu ada sebut akan bantu bina lagi 8 buah balai bomba di Sabah. Ini point tersebut.

Di mana 8 buah balai bomba tersebut? Adakah di Kimanis sahaja? atau di dua dun Kimanis? iaitu Bongawan atau Membakut? Tidak! 8 buah balai bomba tersebut adalah di Putatan, Kudat, Merotai, Nabawan, Lahad Datu, Semporna dan Beaufort.

‪Kemudian beliau umum lagi semasa perasmian di sana adalah akan menaik taraf dua balai bomba di Kota Belud & Semporna. Juga bukan hanya di Kimanis.

PRK di Kimanis, tetapi fokus adalah untuk seluruh Sabah.

Aku yakin, beliau tidak akan atau tidak boleh nafi kerja yang baik dari kerajaan terdahulu. Sebab beberapa bulan kebelakang ini, kita tidak lihat mana-mana statement dari beliau yang menyerang dan menyalahkan kerajaan lama. Bagi saya ini adalah politik baru dan matang yang ditampilkan sendiri oleh Yb Menteri KPKT kita iaitu Zuraida Kamaruddin.

Ini bermakna, yang baik dari kerajaan lalu kita (PH) teruskan, yang kurang kita buat penambahbaikan. InsyaAllah Allah swt akan melihat kerja anda semua.

Terima kasih.

Muhammad Hafiz Rayyan


Artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pendirian Buletin TTKM – Editor

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.