“Orang miskin sebab tidak produktif dan tidak sumbang kepada masyarakat” – Tun

PUTRAJAYA, 6 Jan: Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad  berkata punca kemiskinan adalah kerana tidak produktif dan tidak menyumbang kepada masyarakat.

Katanya lagi, pemberian bantuan dan subsidi secara berterusan juga tidak akan dapat membantu golongan kurang berkemampuan.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri, di sini, hari ini.

“Dahulu kita membantu dengan cara memberi bantuan dan subsidi, tetapi ia tidak membantu membawa mereka keluar dari kemiskinan.

Kenapa mereka miskin? Kerana mereka tidak produktif dan tidak menyumbang sesuatu kepada masyarakat.

Jadi, kita semua, baik kerajaan yang dipilih mahupun jentera kerajaan yang ada hari ini, perlu jelaskan kepada rakyat bahawa hanya produktiviti mampu mengubah situasi mereka,” – Tun Dr Mahathir.

Justeru, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, kerajaan akan memperkenalkan langkah-langkah terbaik yang akan dapat membantu golongan ini menambah pendapatan.

“Kita faham ada yang tidak tahu dan tidak berkemahiran. Tetapi ia bukan masalah jika kita sanggup belajar, bukan sahaja dari segi cara kerja tetapi juga cara pemikiran,”¬† – Tun Dr Mahathir.

Perdana Menteri juga menyatakan keyakinan beliau  bahawa jika semua pihak menggembleng usaha dan tenaga untuk memperbaiki taraf ekonomi, status negara maju akan dapat dicapai lebih awal berbanding sasaran awal pada 2030.

Sebelum ini, beliau mensasarkan status negara maju dapat dicapai pada tahun ini 2020, tetapi gagal dan meletakkan kesalahan kepimpinan terdahulu iaitu Abdullah Badawi dan Najib Razak – Buletin TTKM-

 

 

Author: Buletin TTKM

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.