“Agong rasmikan masjid setelah 10 tahun”- Zuraida pertahan rasmi balai bomba selepas 2 tahun.

Gambar oleh Berita Harian.

PUTRAJAYA: Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan,  Zuraida Kamaruddin mempertahankan tindakan beliau merasmikan  Balai Bomba dan Penyelamat Kimanis selepas 2 tahun ia siap dibina dengan mendakwa perkara itu adalah normal, malah turut dilakukan oleh Yang di-Pertuan Agong.

“Memang normal. Macam Yang di-Pertuan Agong rasmi masjid. Masjid sudah 10 tahun (siap), baru rasmi. Macam itulah juga” – Zuraida Kamaruddin

Menjawab hantaran Najib yang menyindir beliau mengenai perkara tersebut, Zuraida turut  mendakwa Najib juga pernah melakukan perkara yang sama.

“Najib itu buat tak tahu sahaja. Bukan tak tahu, dia pun buat kerja itu,” – Zuraida Kamaruddin

Pada perkembangan yang sama, Najib menjawab  Zuraida dengan bertanya projek yang mana beliau rasmikan setelah bertahun-tahun siap. Najib turut mengkritik tindakan Zuraida memetik nama Yang di-Pertuan Agong yang dijadikan beliau sebagai alasan.

“Menteri kata ianya perkara biasa untuk rasmikan sebuah projek walaupun projek itu sudah bertahun-tahun siap. Dia tuduh saya pun buat perkara yang sama (Ya ke? Projek mana?). Lalu, dia petik nama YDP Agong. Menteri kata DYMM YDP Agong pun buat perkara yang sama. Eh… Menteri, Kamu dengan YDP Agong jauh besar bezanya.Buat apa Menteri nak main petik-petik nama YDP Agong untuk digunakan sebagai alasan?” – Najib Razak

Pada 4 Januari lalu, Najib menyindir  tindakan Zuraida merasmikan Balai Bomba dan Penyelamat Kimanis walaupun siap dibina pada Julai 2018, kerana pilihanraya kecil Kimanis.

“Hello, Zuraida. Balai bomba Kimanis ini siap bina Julai 2018.

“Yang kamu rasmi tahun 2020 ini kenapa? Untuk pengetahuan orang Kimanis, ini projek diluluskan oleh BN.

“Bajet RM7.73 juta kita beri. Mentang-mentang ada pilihan raya kecil, masa ini menteri-menteri Pakatan Harapan berlumba-lumba nak rasmi itu, ini di Kimanis,” – Najib Razak

Tindakan Zuraida turut ditroll TTKM yang menaikkan hantaran menyindir naib presiden PKR tersebut.

 



LIKE us on FACEBOOK



Posting terkini:

Ada lagi berita menarik:

Exit mobile version