May 18, 2021

Buletin TTKM

BERSANDAR FAKTA, BERCORAK SANTAI

“Can I advise you something, pihak berkuasa?” – Najib Razak

Kuala Lumpur, 9 Jan: Datuk Seri Najib Razak menyindir pihak berkuasa yang tidak dapat mengecam pelaku dalam video intim dengan menggunakan ayat “can i advise you something”, ayat sama yang digunakan oleh Datin Seri  Rosmah kepadanya dalam rakaman audio yang didedahkan SPRM semalam.

Dalam satu hantaran di facebooknya, Najib menasihati pihak berkuasa dengan cara-cara bagaimana mengenal pasti pelaku-pelaku dalam video intim yang dikaitkan dengan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Mohamed Azmin Ali iaitu dengan memerhatikan CCTV Hotel dan membandingkan masa pelaku-pelaku berkenaan masuk ke bilik hotel dengan masa siaran rancangan yang dipaparkan pada telivisyen yang terpasang kuat ketika insiden intim berlaku.

“Can I advise you something, pihak berkuasa? Sebenarnya bukan susah pun jika pihak berkuasa nak tahu siapa pelaku-pelaku dalam video intim itu. Itu pun kalau nak lah.

Ramai yang telah memberi pendapat ini. Semasa mereka “beraksi” dalam video, TV terpasang kuat. Rakaman CCTV hotel juga telah diserahkan kepada pihak berkuasa.

Boleh check masa, siapa yang masuk bilik siapa dalam CCTV hotel dan bandingkannya dengan masa yang rancangan TV sedang disiarkan masa itu dalam video intim itu.” – Najib Razak.

Tambah Najib lagi, terdapat juga bukti lain yang boleh digunakan oleh pihak berkuasa  iaitu pengakuan dari Haziq.

“Lebih-lebih lagi ialah Haziq sendiri pun dah mengaku dia bersama siapa malam itu (atau Haziq buat laporan polis palsu ke?).

Tapi kesianlah Haziq dengan pengumuman peguam negara hari ini.

Saya percaya dia kini tengah fikir siapa sebenarnya yang ‘bersama’ dia malam penuh kenangan itu.

Tentu dia bingung.” – Najib Razak

Terdahulu, Peguam Negara Tommy Thomas mengumumkan tiada pertuduhan akan dibuat berhubung klip video intim tersebut selepas tiga pihak gagal mengenal pasti individu dalam video tersebut kerana ia pada kualiti resolusi rendah.

Pihak tersebut adalah Cyber Security , pakar forensik AS (yang tidak dinamakan) dan orang persendirian (yang juga tidak dinamakan) .

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Latheefa Koya semalam menyiarkan sembilan klip audio perbualan telefon antara Najib dengan beberapa individu termasuk Rosmah, tentang isu 1MDB.

Rakaman itu turut membabitkan pelantikan Dzulkifli Ahmad dan Mohamed Apandi Ali, masing-masing sebagai ketua pesuruhjaya SPRM dan peguam negara.

Latheefa Koya kelihatan tersenyum-senyum ketika audio perbualan antara Najib dan Rosmah dimainkan.

Pelbagai pihak termasuk peguam membidas tindakan SPRM menyiarkan rakaman perbualan telefon tersebut kerana dilihat sebagai tidak profesional, memungkiri prinsip kedaulatan undang-undang dan tidak beretika- Buletin TTKM.

 

RSS
Follow by Email
%d bloggers like this: