“ISU VIDEO SEKS TIDAK TERHENTI DENGAN LAPORAN FORENSIK. IGP PERLU DEDAH SIAPA DALANG”- Peguam

ISU VIDEO SEKS TIDAK TERHENTI DENGAN LAPORAN FORENSIK. IGP
PERLU DEDAH SIAPA DALANG DISEBALIK VIDEO SEKS TERSEBUT.

(gambar oleh Malaysiakini)

1. Baru-baru ini, Tan Sri Tommy Thomas telah mengumumkan bahawa pemeriksan forensic
ke atas video seks yang mengaitkan Menteri Kabinet dan Haziq Aziz telah gagal dan pihak forensic tidak dapat mengecam wajah di dalam video tersebut, justeru tidak ada pendakwaan ke atas sesiapa.

2. Saya tidak mahu komen panjang tentang video seks tersebut, kerana saya benar-benar tidak
berminat dengan politik kotor dan jijik seperti itu.

3. Tetapi apa yang saya ingin persoalkan adalah, apakah yang telah terjadi dengan laporan
polis yang dibuat oleh Hilman Idham, Setiausaha Politik Datuk Seri Azmin Ali yang kononnya menyatakan bahawa Azmin Ali telah difitnah ?

4. Haziq Aziz telah dengan terbuka mengaku perlakuannya di dalam video tersebut, dan dia
juga telah mengaku bahawa Azmin Ali merupakan lelaki yang bersamanya di dalam video
tersebut. Ini adalah satu alegasi yang berat, dan jika ia fitnah, Haziq Aziz perlu dibawa ke muka pengadilan.

5. 4 hari lalu, Tan Sri IGP dengan terbukanya memberi peringatan kepada semua pemimpin
politik supaya bijaksana dan berhemah dengan tidak melakukan perkara yang sensitif
sehingga membazirkan tenaga pegawai dan anggota polis untuk hal-hal yang remeh.

6. Jika Tan Sri IGP benar-benar serius dengan kenyataannya, jika ia bukan retorik semata-
mata, laporan polis Hilman Idham perlu disiasat dan mereka yang telah terlibat dalam
permainan politik kotor ini perlu dibawa ke muka pengadilan. Rakyat perlu tahu siapa Kah orang disebalik permainan politik kotor ini yang telah memperbodohkan rakyat dan juga
pihak berkuasa. Jika kerajaan benar-benar mahu berhentikan politik kotor dan jijik (gutter
politics), siasatan yang telus perlu dijalankan dalam isu ini. Sudah 6 bulan berlalu, apa yang
terjadi kepada siasatan laporan Polis Hilman Idham? Mengapa senyap?

Asheeq Ali merupakan seorang peguam.

ASHEEQ ALI BIN SETHI ALIVI
PEGUAMBELA & PEGUAMCARA
TETUAN ASHEEQ ALI & COMPANY


Artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pendirian Buletin TTKM – Editor.

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.