Kekal Proton Perdana untuk menteri, timbalan menteri

KUALA LUMPUR, 20 Sept -- Menteri Kewangan Lim Guan Eng pada Program Ruang Bicara bertajuk ‘Sales and Services Tax (SST)’ di Wisma Bernama hari ini. --fotoBERNAMA (2018) HAK CIPTA TERPELIHARA

PUTRAJAYA 10 Jan- Kerajaan memutuskan Proton Perdana sebagai kenderaan rasmi menteri dan timbalan menteri.

Perkara itu disahkan oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng sebentar tadi, menurut laporan Sinar Harian.

Menurutnya, kerajaan telah dimaklumkan oleh Proton bahawa jumlah kenderaan itu mencukupi.

“Kita baru sahaja dapat pengesahan bahawa ia mencukupi,” – Lim Guan Eng

Sebelum ini, sebuah portal berita melaporkan kerajaan sedang dalam proses melantik sebuah syarikat untuk membekalkan kenderaan untuk kegunaan rasmi kerajaan.

Antara kenderaan yang dicadangkan adalah 32 unit Toyota Vellfire untuk kegunaan menteri dan 3000 unit Honda Accord untuk pegawai kanan kerajaan.

Cadangan tersebut mendapat kecaman pelbagai pihak kerana selama ini kerajaan sering berkata negara dibebani hutang berjumlah lebih RM1 trillion. – Buletin TTKM –

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.