Dituduh menyamar, Penolong Kesihatan Awam buat laporan polis

Sungai Buloh, 12 Jan : Satu  laporan polis dibuat terhadap seorang wanita yang menaikkan  hantaran di facebooknya yang menuduh dua penjawat awam sebagai penyamar ketika sedang melakukan kajian dan pemeriksaan kes malaria.

Dua penjawat awam tersebut, menurut info yang diberikan kepada kami melibatkan seorang penolong pegawai kesihatan persekitaran dan seorang lagi pembantu kesihatan awam.

Laporan tersebut yang dilihat oleh Buletin TTKM dilakukan di balai polis Kuang, Selangor semalam.

“Penghuni tersebut telah menuduh saya dan rakan sekerja saya sebagai penyamar dimana saya telah memperkenalkan diri serta menunjukkan kad kuasa saya sebagai penolong pegawai kesihatan persekitaran di pejabat kesihatan daerah Hulu Langat Selangor. Saya juga menerangkan kepadanya terdapat berlaku kes Malaria di kawasan perumahan tersebut dan tujuan saya datang ke rumah mahu buat kajian dan pemeriksaan terhadap penghuni sama ada berlaku jangkitan demam atau tidak serta ingin tahu bilangan penghuni di dalam rumah tersebut. Seterusnya saya datang ke balai buat laporan bimbang akan keselamatan diri saya mencemarkan imej kementerian kesihatan malaysia dan boleh memalukan saya dan rakan sekerja kerana gambar saya telah ditularkan.” – Petikan laporan polis.

Buletin TTKM mendapati wanita tersebut menaikkan  gambar dua penolong kesihatan awam tersebut di akaun facebooknya sambil mendakwa mereka tidak pergi ke rumah yang dihuni oleh orang melayu. Walau bagaimanapun, akaunnya kini tidak dapat diakses dipercayai dinyahaktif.

Berikut merupakan terjemahan hantaran wanita tersebut oleh Buletin TTKM, seperti yang dikongsikan oleh laman facebook Pembantu Kesihatan Awam. 

“Saya bertanya kad dan surat kuasa, mereka tidak mempunyainya. Seorang yang bernama encik Nizam menunjukkan lencana yang terdapat Jata negara sahaja, sama seperti yang terdapat pada jaketnya. Oleh kerana mereka tidak menunjukkan bukti tersebut, saya enggan bekersama untuk memberikan perincian keluarga saya. Saya memberitahu mereka terdapat banyak kes penipuan di Lembah Klang dan saya juga telah mengambil beberapa gambar. Saya bertanya kenapa hadir ke rumah saya sahaja? Mereka berkata ada dua kes Malaria dikesan di Cheras Garden, dua kilometer dari sini, dan nyamuk malaria boleh tersebar di kawasan saya. Mereka menasihati sekiranya terdapat insiden kes tersebut, dengan cepat pergi ke klinik. Seperti biasa, mereka beredar dengan cepat tanpa mendapat sebarang informasi dari saya. Jiran saya memberitahu info yang  mendakwa mereka tidak pergi ke rumah orang melayu”

swan lee.jpg

 

Menurut lamanfacebook Pembantu Kesihatan Awam. , penjawat awam tersebut  hadir ke premis wanita itu untuk melakukan Active Case Detection (ACD) kerana kawasan tersebut sedang dilanda demam Malaria dan kesal mengenai hantaran wanita tersebut yang menurutnya bersifat rasis.

Tuduhan bahawa rumah bangsa melayu tidak diperiksa juga sangat tidak berasas.
Pihak kami tidak pernah rasis dalam menjalankan tugas.
ACD hanya akan dilakukan jika penghuni ada di rumah.
Jika tiada penghuni,ACD tidak akan dilakukan terhadap kucing atau pagar rumah.

Siasatan dan juga aktiviti pencegahan bagi kes Malaria adalah dalam jarak 2 kilometer radius dari rumah kes.
Ini merangkumi semua premis kediaman,rumah ibadat,premis perniagaan,sekolah dan apa sahaja bangunan yang ada dalam lingkungan tersebut.

Tindakan mengambil gambar anggota kesihatan dan kemudian memuatnaik ke media sosial dengan tuduhan yang tidak berasas adalah 1 tindakan yang sangat tidak bertanggungjawab. – Laman Facebook Pembantu Kesihatan Awam

-Buletin TTKM-

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.