Naib Ketua Pemuda AMANAH Nasional di’lauk’ netizen

Media sosial, 12 Jan: Naib Ketua Pemuda AMANAH Nasional, Abbas Azmi di’lauk’ netizen di laman facebooknya sendiri kerana berkata pelawak yang menggunakan pentas lawak untuk menyebarkan kebenc1an terhadap kerajaan adalah biad@p.

“Nak tunjuk bakat melawak dipersilakan. Tapi kalau nak guna pentas Lawak untuk tabur kebenc1an pada kerajaan itu perkara yang biad@b. Jangan salah gunakan kebebasan yang diberikan untuk menyebar kebenc1an sesama kita apatah lagi kepada kerajaan pilihan rakyat “ – Abbas Azmi

Katanya lagi, walaupun menghormati golongan penggiat seni sebagai aset negara, golongan tersebut perlu ada batas dalam mempersembahkan lawak mereka.

“Namun begitu perlu ada batasnya. Penggiat seni dan kerajaan berpisah tiada. Jangan kerana berbeza ideologi politik dan lain lain pentas seni dijadikan bahan murahan untuk meraih publisiti.” – Abbas Azmi

Hantaran beliau ini dipercayai merujuk kepada program Maharaja Lawak terbitan Astro yang memaparkan pesertanya menyind1r kerajaan.

Buletin TTKM mendapati setakat ini terdapat lebih 17 ribu komen netizen pada hantaran itu yang rata-ratanya mengkrit1k Naib Ketua Pemuda Amanah tersebut, antaranya:

Airel Zarra Kena kt kepala sendiri tetiba ada batas. Menj1lat tu yang perlu dibatas. Kalau tak nampak b0d0.

Khairul Shamlie 15k komen semua b@lun, ni betul2 15k majoriti ni haha

Mohamad Nasrullizam Bin Yunus Sama-sama cari makan ler, lawak diorang mengiburkan. Lawak PH hambar dan b*d*h.

Zania Faizan ehhh terasa ker. xbtul ke ngappp???? sekurang2 diorg tak guling dpn sogo, terbalik kan kete polis ngappp

Zulkifli Mohammad B*ng*ng betul geng maharaja lawak tu… Tak patut dorang melawak untuk kutuk kerajaan tara tu jer… Sepatutnya dorang kutuk lebih banyak lagi..

Edenn Laa X kan koyak kut.. time kerajaan bn kena dulu bukan main lg korang tepuk tgn ye 🤣🤣

Muhammad Khalis Ibrahim Ada yang kritik kerajaan melalui perbahasan parlimen, ada yang melalui jalan raya, ada yang melalui media sosial. Pentas lawak pun medium juga. Jangan nak nafikan.

Mohd Afizi Awang Bang ada kerja kosong lagi tak kerja menj1lat? Kalau ada bagitau ya.. Tq in advance..

John Carter Gemok Dulu korang yg mengh@sut bencikan kerajaan..mak1 ape kesalah kerajaan,skang xblh dh ke??cm ni ke kebebasan bersuara ala ph..tang die buat semua blh..tang die kena..xblh..haram..hahaha

Mahad Asfuna Dah menteri jadi kayu isu jawi. Pelawak juga la kene suarakan. Haha.

Pak Abu Hak mengkrit1k kan di benarkan kalau PH memerintah..kan kita yang janji..jadi jangan sentap

Mohd Nor NazRiq Benda dah memang kelakar,nama pun dah memang pentas lawak…dah kena la tu…yg tak kena nya sekarang video dah sahih,tapi pelaku belum dikenalpasti…kan tak kena tu🤦🏻‍♂️

Ramlee Puteh Diorg melawak bkn mel1wat, simple

Selain menjawat jawatan Naib Ketua Pemuda AMANAH Nasional, Abbas Azmi juga merupakan Ahli Majlis Perbandaran Subang Jaya.

Manifesto Pakatan Harapan pada PRU 14 lepas antaranya akan memastikan media mempunyai kebebasan untuk menjalankan proses semak imbang.

Kerajaan Pakatan Harapan akan memastikan media mempunyai kebebasan untuk menjalankan proses semak imbang terhadap pentadbiran kami. – Manifesto PH PRU 14

– Buletin TTKM-

 

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.