Anwar tidak didakwa : “Kurang bukti” – Jabatan Peguam Negara

Putrajaya, 14 Jan: Jabatan Peguam Negara mengambil keputusan tidak akan mendakwa Dato Seri Anwar Ibrahim di atas dakwaan ser@ngan s3ksual terhadap Muhammed Yusoff Rawther kerana kekurangan bukti.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, Peguam Cara Negara Engku Nor Faizah Engku Atek berkata terdapat percanggahan-percanggahan fakta yang material yang tidak dapat menyokong sebarang pendakwaan mana-mana orang di bawah seksyen 354 Kanun Keseksaan, atau mana-mana seksyen lain di bawah Kanun yang sama.

“Kami juga mendapati tidak terdapat cukup keterangan untuk membuat pertuduhan mengenai laporan-laporan polis yang dibuat berdasarkan keterangan-keterangan yang ada dalam Kertas

“Dalam hal keadaan yang demikian, kami bersetuju dengan saranan PDRM supaya kes ini ditutup,”

Tambahnya lagi penyiasatan boleh dibuka semula sekiranya dan apabila terdapat keterangan baru.

Muhammed Yusoff Rawther dalam akuan bersumpahnya sebelum ini mendakwa kejadian s3r@ngan s3ksual itu berlaku di kediaman Presiden PKR itudi Segambut pada 2 Oktober tahun lalu.

Yusoff setelah itu membuat laporan polis pada 7 Disember bagi menggesa pihak berkuasa menyiasat dakwaannya.

Dia juga sudah melakukan ujian poligraf di Bukit Aman pada 17 Disember tahun lalu manakala tiada ujian poligraf dijalankan terhadap Dato Seri Anwar Ibrahim.

Sebelum ini, kes video intim Azmin Ali juga ditutup oleh Jabatan Peguam Negara atas alasan pengecaman wajah tidak dapat dilakukan secara inklusif kerana resolusi video yang rendah. -Buletin TTKM-

82067884_10156656967600952_4375850635514347520_o.jpg

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.