Parti dadah: Sampel air kencing 16 individu ditahan disaring kali kedua, kata polis

Kuala Lumpur, 14 Jan:SAMPEL air kencing milik 16 individu yang ditahan dalam serbuan di sebuah kondominium di Jalan Puchong, telah dihantar untuk ujian saringan kedua, kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Mohd Khalil Kader Mohd.

Bernama memetik beliau sebagai berkata polis sedang menunggu keputusan ujian saringan kedua berkenaan sebelum memutuskan tindakan lanjut yang bakal diambil.

“Dalam semua kes membabitkan d@dah, kita akan buat saringan awal dan jika positif, kita tidak boleh cakap dia pen@gih (d@dah).

“Jadi, kita kena hantar spesimen ke hospital dan mereka yang akan tentukan keputusan hasil daripada ujian terbabit,”  – Mohd Khalil Kader Mohd, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah N@rkotik Bukit Aman,

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai perkembangan kes yang didakwa melibatkan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor dan empat pegawai khas ahli politik, antara 17 individu ditahan polis dalam operasi di sebuah kondominium di Jalan Puchong, dekat Shah Alam pada Ahad.

Ujian saringan air kenc1ng pertama mendapati 16 daripada individu berkenaan positif d@dah.

Mereka ditahan selepas polis menerima aduan penghuni kerana bunyi muzik yang kuat dipasang di premis terbabit .- Buletin TTKM-

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.