Putrajaya, 15 Jan: KEMENTERIAN Pendidikan (KPM) akan mengkaji semula pelaksanaan pemakaian kasut dan stoking berwarna hitam secara beransur-ansur pada sesi persekolahan 2019 hingga 2021.
Menurut satu pekeliling yang diedarkan semalam, Ketua Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian KPM, Datuk Mohd. Jamil Mohamed berkata, kementerian berpandangan bahawa terdapat keperluan untuk melaksanakan kajian tersebut berdasarkan dapatan yang diperolehi daripada pihak sekolah.
“Sukacita dimaklumkan, bahawa KPM berpandangan terdapat keperluan untuk melaksanakan kajian pelaksanaan pemakaian kasut hitam oleh murid berdasarkan dapatan yang diperoleh oleh pihak sekolah.
“Sehubungan dengan itu KPM memohon kerjasama pihak sekolah dalam membantu kajian ini dengan melengkapkan maklum balas bagi soalan kajian yang boleh diekses melalui pautan di (dalam talian.)
“Adalah dimaklumkan bahawa kajian ini perlu diselesaikan oleh pihak sekolah sebelum atau pada 22 Januari 2020,” Datuk Mohd. Jamil Mohamed
Pemakaian kasut hitam diperkenalkan oleh Dr Maszlee Malik, mantan menteri pendidikan pada 2018 dan mula dipraktikkan pada tahun lalu.
Beliau meletakkan jawatan beberapa minggu lepas selepas diarahkan berbuat demikian oleh perdana menteri, Tun Dr Mahathir.
Jawatan menteri pendidikan kini dipangku oleh Tun Dr Mahathir sehingga pengganti yang sesuai dikenalpasti – Buletin TTKM-