Laporan BH tersasar, salah fakta: KPN pandang serius, terkilan.

Kuala Lumpur, 14 Jan : Ketua polis negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador memandang serius dan terkilan dengan laporan Berita Harian yang mengandungi fakta yang salah dan tersasar berhubung sidang media beliau kelmarin.

Berita Harian melalui laman facebooknya kelmarin menaikkan status berikut:

82375068_2650536585000448_4738000070299877376_o.jpg

“Idendititi yang ditahan dalam serbuan penyalahgunaan dadah pagi tadi belum dapat disahkan-KPN Tan Sri Abdul Hamid Bador. ” – Status FB Berita Harian

Tambah Hamid Bador , laporan tersebut adalah jauh tersasar sehingga ia menjadi bahan untuk pelbagai pihak mengkritik dan memperlekehkannya sebagai ketua polis negara.

Apa yang saya nyatakan sebagai menjawab soalan media yang mahu mengetahui identiti individu-individu yang ditangkap semasa serbuan dibuat di sebuah kondominium pada 12 Januari 2020 adalah ” Saya tidak boleh mendedahkan maklumat tersebut kerana siasatan polis masih di peringkat awal dan ianya adalah bercanggah dengan peruntukan undang-undang. ” 

Saya amat terkilan dengan apa yang berlaku kerana media seharusnya menjadi penyampai maklumat yang tepat dan tidak memnyiarkan fakta yang tidak benar sehingga boleh menjejaskan kewibawaan dan imej pihak lain, atau pun membangkitkan rasa tidak puas hati dan menghakis kepercayaan masyarakat terhadap pihak berkuasa. ”  KPN Tan Sri Abdul Hamid Bador.

Buletin TTKM mendapati status Berita Harian itu telah dipadamkan – Buletin TTKM-

1

WhatsApp Image 2020-01-14 at 10.09.34 PM

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.