“PENYEDUT MINUMAN SERAI” ganti straw plastik- Husam Musa

Pengerusi Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA), Senator Datuk Husam Musa mencadangkan penggunaan  serai sebagai penyedut minuman bagi menggantikan straw plastik.

Tambahnya, penggunaan serai akan diperluaskan ke kafe hospital dan  bersedia membekalkan serai kepada mana-mana pihak yang ingin menyahut saranan itu.

Harian Metro memetik beliau berkata, penggunaan serai sebagai penyedut minuman adalah sesuatu yang baru dan sebagai permulaan, beliau mewajibkan penggunaannya di semua kafe KADA.

“Tanaman serai mempunyai 27 jenis dan untuk penggunaan sebagai penyedut minuman, serai buluh adalah sesuai.

“Kita akan memajukan penggunaannya kepada kafe Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) sama ada untuk digunakan oleh orang ramai atau pesakit kerana ia adalah bahan semula jadi.

“Tanamannya juga akan diperbanyakkan iaitu di sepanjang tebing tali air KADA dan dianggarkan lebih 10,000 rumpun sudah ditanam di Kampung Padang Halban,” – Datuk Husam Musa 

husam.JPG

Husam menyifatkan penggunaannya adalah dua dalam satu kerana lapisan luar saja dijadikan penyedut minuman manakala isi dalamnya dijadikan bahan masakan seperti biasa.

Katanya, beliau akan membuat surat rasmi kepada pihak HUSM, Kubang Kerian untuk kemukakan cadangan itu dalam masa terdekat memandangkan bekalan serai sangat banyak.

“Bagi pencinta alam sekitar, inisiatif serai sebagai penyedut minuman adalah amat bagus kerana dapat mengurangkan penggunaan bahan plastik,” – Datuk Husam Musa 

Pada 2017, Datuk Husam Musa mempromosikan alat seakan sumbu yang didakwa dapat menjimatkan penggunaan minyak motor dan mengurangkan asap.  Video beliau tersebut menjadi bahan troll di media sosial. – Buletin TTKM.-

“Pagi ni kita akan masukkan alat ni dalam tangki motor. Tujuannya untuk jimatkan penggunaan minyak motor, sekarang ini harga minyak pun mahal. Budak-budak motor duit dia tak banyak.

“Yang kedua alat ini boleh kurangkan asap. Asap ini adalah tanda bahawa minyak tidak dibakar habis.

“Kerana itu jadi asap dan kemudian ada bekas asap yang hitam dipanggil karbon,” – Husam Musa

 

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.