Parti dadah: ADUN PPBM Dengkil, dan Penolong Setiausaha ARMADA digantung parti serta merta

KUALA LUMPUR, 16 Jan:  Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PPBM Dengkil, Adhif Shan Abdullah, dig*ntung serta merta daripada jawatannya sebagai Ketua ARMADA Selangor.

Tindakan sama turut diambil oleh Majlis Ketua ARMADA Nasional ke atas Penolong Setiausaha badan itu, Ahmad Redzuan Mohamad Shafi.

Ketua ARMADA Nasional, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, berkata keputusan penggantungan kedua-dua pemimpin muda terbabit dibuat dalam mesyuarat Majlis Ketua ARMADA Nasional.

Beliau berkata, penggantungan itu berkuat kuasa serta-merta sehingga selesai siasatan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) terhadap kes yang dihadapi kedua-duanya.

“Susulan penggantungan Ahmad Redzuan, jawatan itu kini dipangku oleh Danial Syahiran Ho Imran Ho yang juga Exco ARMADA Nasional.

“Timbalan Ketua ARMADA Selangor, Anad Akashah Nazri, kini dilantik memangku jawatan Ketua ARMADA Selangor, serta merta,” – Syed Saddiq

Syed Saddiq berkata demikian menerusi satu kenyataan, hari ini.

Syed Saddiq yang juga Menteri Belia dan Sukan, berkata ARMADA merakamkan penghargaan dan berterima kasih di atas khidmat dan bakti kedua-duanya sepanjang memegang jawatan terbabit.

Katanya, mereka turut mendoakan agar siasatan yang dihadapi kedua-duanya dapat dijalankan dengan lancar serta adil mengikut undang-undang negara.

Adhif Shan  ditahan polis, bersama 16 yang lain dalam serbuan terhadap sebuah unit kondominium dekat Jalan Puchong awal minggu ini pada jam 4.45 pagi.

Mereka dijumpai polis dalam keadaan kh*yal dipercayai dibawah pengaruh d*dah.

Turut dijumpai adalah serbuk putih dipercayi ket*min, g*nja dan cip jud1.

Hasil saringan awal terhadap 17 individu termasuk enam wanita yang ditahan itu, 16 daripada mereka dikesan positif d*dah.

Kesemua mereka kecuali seorang wanita warga asing sudah dibebaskan dengan jaminan polis, sementara siasatan masih dijalankan termasuk menunggu keputusan saringan kedua yang dijalankan. -Buletin TTKM-

 

WhatsApp Image 2020-01-16 at 1.12.08 PM

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.