Peguam desak Syed Saddiq letak jawatan jika panganjur parti d*dah ada kaitan dengan KBS.

KBS PATUT DEDAH APAKAH KAITAN PENGANJUR PARTI D*DAH DENGAN KBS, DAN JIKA BENAR ADA UNSUR PENYELEWENGAN DAN RASUAH, SYED SADDIQ WAJIB LETAK JAWATAN
1. Seorang ahli perniagaan yang sedang cuba mendapatkan kontrak lumayan daripada kerajaan didakwa menjadi dalang kepada pesta yang diserbu polis dan membawa kepada penahanan 17 individu termasuk seorang Adun Selangor baru-baru ini.

 

2. Memetik sumber yang tidak didedahkan, portal The Malaysian Insight melaporkan, ahli perniagaan terbabitlah yang membawa datang beberapa wanita serta menyediakan d*dah untuk tetamu yang berkunjung ke premis berkenaan.

 

3. Memetik laporan NST pada 15.1.2020 yang mengesahkan bahawa Timbalan Presiden Malaysian Gymnastics Federation, Kau Git Kaur adalah antara yang ditahan pada parti ddah.

 
4. NST juga mengesahkan unit Kondo dimana parti dadah itu berlaku adalah didaftarkan di bawah GK Sport & Recreation Sdn Bhd, syarikat milik Kau Git Kaur. Syarikat ini menjalankan perniagaan “supply of sports equipment” yang telah menjadi pembekal Dan Kontraktor kementerian Belia Dan sukan dan Kementerian Pendidikan Malaysia sejak tahun 2002.
Maklumat urusan perniagaan Di antara syarikat tersebut dengan KBS dan KPM adalah seperti di #lampiran 1 di bawah.

 
5. Turut ditahan sewaktu itu, Adun dengkil Dan juga beberapa pegawai khas termasuk pegawai khas Menteri KBS, YB Syed Saddiq.

 
6. KBS patut dedahkan kepada rakyat berkenaan apakah urusan terkini di antara KBS dan GK Sport & Recreation Sdn Bhd, syarikat milik Kau Git Kaur. Kehadiran pegawai khas YB Syed Saddiq di parti anjuran seorang ahli perniagaan yang telah menjadi kontraktor KBS dan KPM sejak tahun 2002 menimbulkan keraguan yang besar yang perlu diperjelaskan kepada rakyat.

 
7. KBS perlu menjawab beberapa persoalan, iaitu, Adakah tender-tender yang diberikan kepada syarikat tersebut sebelum ini diberikan secara telus, Dan adakah syarikat tersebut sedang dalam proses untuk mendapatkan tender baharu daripada KBS?

 
8. KBS juga patut, dengan kadar segera membuat laporan kepada SPRM dan membiarkan SPRM untuk menyiasat jika wujud unsur rasuah atau penyelewengan atau salah guna kuasa dalam urusan KBS dengan syarikat tersebut.

 

9. Jika SPRM mengesahkan bahawa terdapat unsur rasuah atau penyelewengan atau salah guna kuasa, YB Syed Saddiq patut meletakkan jawatan dengan kadar segera, selaras dengan janji beliau di dalam Parlimen pada 25.11.2019 , semasa menjawab tentang isu pemberian kontrak pembekalan makanan bernilai RM7 juta kepada sebuah syarikat di Institut Belia Negara (IKBN), bahawa dirinya akan menjadi orang pertama akan meletak jawatan jika terbukti wujud penyelewengan dan salah guna kuasa berhubung pemberian tender berkenaan.

 

 

16.01.2020
ASHEEQ ALI BIN SETHI ALIVI
AKTIVIS & PEGUAM

#Lampiran 1 : Senarai projek syarikat terbabit dengan KBS dan KPM

  1. SUKMA XIX PERAK 2018 2018 : Supplier of Judo Mats, Basketball Backstops and accessories
  2. AKADEMI BOLASEPAK MERAH KUNING 2018 : Supplier of fitness equipment
  3. MAJLIS SUKAN NEGERI SELANGOR 2017 : Supplier of fitness equipment
  4. 29TH SEA GAMES KUALA LUMPUR 2017 : Supplier of gymnastics and rhythmic equipment
  5. GIMNASIUM 3, MAJLIS SUKAN NEGARA MALAYSIA 2017 : Supply and install Gymnova Sprung Floor
  6. SUKMA SARAWAK 2016 : Supply Competition Rhythmic Carpet
  7. PROJECT GYMNASTIC KPM HALL IN JOHOR 2015 : To supply gymnastics equipment and sports flooring
  8. PROJECT GYMNASTIC KPM HALL IN KEDAH 2015 : To supply gymnastics equipment and sports flooring
  9. PROJECT GYMNASTIC KPM HALL IN PERLIS 2015 : To supply gymnastics equipment and sports flooring
  10. PROJECT GYMNASTIC KPM HALL IN PERAK 2015 : To supply gymnastics equipment
  11. PROJECT GYMNASTIC KPM HALL IN KUALA SELANGOR 2014 : To supply gymnastics equipment and sports flooring
  12. 13TH ASIAN JUNIOR RHYTHMIC GYMNASTICS CHAMPIONSHIPS 2014 : Official Equipment Supplier
  13. MAJLIS SUKAN NEGARA, BUKIT JALIL 2013 : Supplier of Sepak Takraw Flooring
  14. NATIONAL RG TEAM, NSC, BUKIT JALIL 2013 : Supplier of RG Competition Floor
  15. 16TH SUKMA, KUALA LUMPUR 2013 : Supplier of Gymnastics Equipment and Judo Mat
  16. NATIONAL GYMNASTICS CENTER, BUKIT JALIL 2012 : Supplier of gymnastics training equipment
  17. PAHANG SPORTS SCHOOL, MALAYSIA (SSM) 2012 : Supplier of gymnastics equipment
  18. NATIONAL SPORTS COUNCIL 2011 : Supplied Gymnastics Pit System
  19. NATIONAL SPORTS COUNCIL 2010 : Supplier of Gymnastics Equipment
  20. MINISTRY OF EDUCATION MALAYSIA 2009 : Supplier of Mini Gymnastics Equipment
  21. SUKMA TERENGGANU 2008 : Supplier of gymnastics equipment
  22. MINISTRY OF EDUCATION MALAYSIA 2008 : Supplier for Gymnastics and Mini Gymnastics
  23. SUKMA KEDAH 2006 : Supplier for gymnastics equipment and basketball equipment
  24. NATIONAL GYMNASTICS CENTRE(NGC) 2006 : Supplier for National Gymnastics Centre
  25. NSC, MSN SELANGOR & SHAH ALAM 2004 : Diving Board Supplier
  26. SUKMA NEGERI SEMBILAN 2004 : Main Supplier for 29 sports
  27. NATIONAL AQUATIC TRAINING CENTRE, CHERAS 2003 : Diving Board Supplier
  28. NATIONAL AQUATIC TRAINING CENTRE, CHERAS 2003 : Diving Board Supplier
  29. SUKMA SABAH 2002 : Optimist Supplier

Rujukan :

https://www.themalaysianinsight.com/s/212882

https://www.nst.com.my/sports/others/2020/01/556606/mgf-suspends-deputy-president-after-alleged-arrest-drug-raid

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/11/631960/syed-saddiq-sedia-letak-jawatan-jika-berlaku-penyelewengan

https://www.gkgroup.com.my/portfolio

Artikel di atas adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pendirian Buletin TTKM

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.