Pelatih KBS diberi surat tunjuk sebab kerana kritik Syed Saddiq di twitter

Twitterjaya, 16 Jan: Seorang pelatih di Kementerian Belia dan Sukan, Syakir Ariff diberikan surat tunjuk sebab kerana mengkritik Syed Saddiq di twitter.

Surat tersebut yang bertarikh 23 Disember 2019, menyatakan Shakir telah melanggar perjanjian Program Fellow Korporat (graduan) kerana menaikkan kenyataan di twitter terhadap Syed Saddiq yang telah menjejaskan imej dan nama baik kerajaan. 

Dua lampiran ciapan twitter Shakir yang dipertikaikan itu  turut disertakan:

“Masalah dengan Armada Bersatu adalah selalu kerana ketuanya YB Saddiq. Mana-mana parti pun sedar sayap muda memerlukan pemimpin yang bekerja, bukan hanya tahu bercakap dan berlegar di media sosial. Armada akan kekal jauh di belakang AMK dan DAPSY selagi mana diketuai orang ini. ” –Ciapan Shakir Ariff.

 

3

“Kena tanya balik apa sebenarnya kelayakan beliau sampai diangkat jadi menteri, siap jadi ketua armada nasional tanpa diundi. Pelajaran?Pengalaman?” -Ciapan Shakir Ariff.

4

 

Berikut merupakan kenyataan penuh Shakir di akaun twitternya:

Terkejut ya pagi-pagi penuh notifikasi. YB @SyedSaddiq nak buat-buat tak nampak tidak mengapa tapi sebagai penama yang dirujuk dalam surat tersebut, pelik kalau saya tak respon. Dengarkan nasihat ini.

Selama ini saya sangkakan YB @SyedSaddiq, belia marhaen yang lantang satu ketika dahulu, berpegang pada prinsip kebebasan bersuara. Selagi mana tidak membocorkan rahsia sulit, menabur fitnah atau melempar tohmahan tidak berasas. YB sendiri pernah suarakan sebelum dapat kuasa.

Kini, lain pula yang terjadi dan bukan hanya kepada saya seorang. Sebahagian besar Ahli Parlimen Belia Malaysia bawah kelolaan YB juga ditekan dengan cara yang sama, melalui ug*tan dan sebagainya. Saya boleh lampirkan kenyataan mereka di sini kalau YB nak.

Dalam hal ini, kandungan perjanjian yang “shady” dan tidak kukuh tidak sepatutnya dieksploit untuk kelangsungan politik YB. Penggunaan bahan “asal boleh” untuk mendiamkan belia? That’s low. Jika YB @SyedSaddiq rasa ugutan boleh menakut-nakutkan dan mendiamkan kami, YB silap.

Maka, saya harap YB @SyedSaddiq tampil memberi respon dan berhenti membuli mereka yang berbeza pendapat. Cukuplah saya yang terakhir kena. Akhir kata, anak muda menolak kepimpinan hipokrit. Perlakuan itu yang hipokrit ya, bukan YB (risau kena surat lagi). Salam hormat. – Shakir Afiff.

Sementara itu, selepas tiga minggu surat tersebut diserahkan kepada Shakir, baru hari ini  Syed Saddiq memberikan respon, itupun setelah isu tersebut mula panas di twitter sejak  malam semalam.

Saya dimaklumkan ada pelatih KBS yang menerima surat tunjuk sebab kerana mencaci saya. Saya arahkan Pegawai KBS memberhentikan praktis ini. Saya terima kritikan dengan hati yang terbuka. Dahulu saya dibuang kerja kerana kritik BN. Saya tak mahu budaya yang sama diteruskan” – Syed Saddiq

Shakir dengan pantas menjawab kenyataan Syed Saddiq tersebut:
“MENCACI” Definisi DBP = cacian kata-kata yang keji untuk menghina dan untuk mencerca; nista. Ini masalahnya. YB masih nak “play victim” sedangkan ketara sekali salinan tweet dalam surat tersebut tiada langsung bentuk *cacian*. Katakan saja YB tidak boleh terima *kritikan*.” – Shakir Ariff.
-Buletin TTKM-

 

12

 

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.