“Tak jadi jual PLUS, cuma kurangkan kadar tol 18%” – Tun M

PUTRAJAYA, 6 Mei -- Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad semasa sidang media di Bangunan Perdana Putrajaya hari ini. --fotoBERNAMA (2019) HAK CIPTA TERPELIHARA

Putrajaya, 16 Jan: PERDANA Menteri Dr Mahathir Mohamad hari ini mengesahkan PLUS Malaysia Bhd (PLUS) tidak akan dijual.

Menurutnya, Kabinet sudah mengkaji semua perjanjian dibuat dengan sektor swasta dan juga Khazanah dan akhirnya membuat keputusan untuk tidak menjualnya, lapor TMI.

“Cara terbaik adalah untuk tidak jual PLUS kepada sesiapa tetapi terus diuruskan oleh Khazanah.

“Mereka akan mengurangkan (bayaran) tol kepada 18%, tetapi ingat yang 18% ditetapkan pada kadar semasa, dalam 30 tahun lagi ia akan jadi sangat sangat rendah,” – Tun Dr Mahathir

Semalam dilaporkan  PLUS akan kekal dikawal kerajaan menerusi Khazanah dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Katanya, PLUS akan menjalani penstrukturan semula “bermatlamat untuk mengurangkan kadar tol bagi manfaat rakyat”.

Khazanah menerusi Kumpulan UEM Bhd memegang 51% kepentingan dalam PLUS, KWSP pula memegang baki 49%.

Dr Mahathir berkata mereka sedang dalam usaha menetapkan kadar tol pada kadar tetap 18%, dan walaupun pertambahan trafik berlaku, perolehan tidak akan sebanyak perjanjian konsesi asal.

“Pengurangan akan berlaku terus, bermula tahun ini.

“Mereka tidak menaikkan kadar selama 30 tahun bermakna rakyat akan membayar kadar yang sangat rendah.” – Tun Dr Mahathir

Media sebelum ini melaporkan terdapat empat pihak melakukan bidaan untuk mengambil alih PLUS iaitu ahli perniagaan Halim Saad dan Wong Gian Kui, Kumpulan Perniagaan Widad Sdn Bhd, syarikat ekuiti Malaysia berpangkalan di Hong Kong RRJ Capital dan Maju Holdings Sdn Bhd.

Dalam kenyataan media dikeluarkan semalam, Khazanah berkata ia mengetahui “beberapa tawaran tanpa diminta” untuk mengambil alih PLUS tetapi pihak berkenaan tidak mengadakan perbincangan terus dengan dana kekayaan negara itu.

Katanya lagi, Putrajaya mengadakan perbincangan dengan pemegang kepentingan PLUS “ dengan matlamat mengurangkan beban pengguna tol lebuh raya, membebaskan tekanan pampasan daripada kerajaan, serta menghormati nilai konsensis lebuh raya yang masih terikat dengan hutang sedia ada dan pemegang ekuiti.”

Pada PRU 14 lepas, antara manifesto Pakatan Harapan adalah janji menghapuskan tol dan bukannya mengurangkan kadar tol. –Buletin TTKM-



LIKE us on FACEBOOK



Posting terkini:

Ada lagi berita menarik:

Exit mobile version