“70% pengundi muda pilih BN di Kimanis” – Naib Wanita Muda Amanah

70% pengundi muda Kimanis memilih untuk bersama BN. Satu lagi tamparan kepada kerajaan Pakatan Harapan.

Isu Pass Sementara Sabah menjadi bualan hangat yang dipermainkan oleh Barisan Nasional.

Apa pun , pesanan buat pemimpin , jangan kita rasa selesa dengan kuasa yang ada. Jangan pula berpura menyantuni rakyat ketika pilihanraya.

Anak muda tidak mahu drama politik ditayangkan untuk meraih undi. Kami inilah pelapis negara , yang memimpin anak bangsa.

WARDA hari ini pulang ke sarang masing-masing. Meneruskan hari seperti biasa. PRK Kimanis meninggalkan memori untuk WARDA terbang lebih jauh sebagai sayap Parti Amanah Negara yang bukan kaleng-kaleng !

Nur Najihah Muhaimin
Naib 1 & Pengarah Pilihanraya Wanita Muda Amanah – WARDA Nasional

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.