“Borang keahlian Bersatu Zuraida itu palsu” – Ratu Naga

Kuala Lumpur, 21 Jan: Ketua penerangan Wanita PKR, Syarul Ema atau lebih dikenali sebagai Ratu Naga berakata borang keahlian Zuraida yang sedang tular di media sosial kini adalah palsu.

“Saya jawab bagi pihak Zuraida Kamaruddin. Zuraida tak pernah isi borang keahlian parti BERSATU. Zuraida tak akan letak jawatan dari PKR. Selagi Zuraida Kamaruddin masih pemimpin PKR, beliau akan terus berkerja untuk rakyat” – Ratu Naga.

Dalam satu hantaran di facebooknya, Ratu Naga turut menyenaraikan 5 kesalahan-kesalahan pada borang tersebut iaitu:

Grafik oleh Ratu Naga
Grafik oleh Ratu Naga

Baru-baru ini, PKR mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada Zuraida berhubung tindakan naib presiden PKR itu menyerang presiden parti, Anwar Ibrahim dalam satu rapat oleh kem Azmin Ali di Hotel Renaissance sejurus selepas selesai kongres PKR

Syarul Ema  sebelum ini merupakan cybertrooper UMNO tetapi menyertai PKR pada Ratu pada 2016 dengan menyerahkan borang keahliannya kepada Ketua Wanita PKR ketika itu, YB Zuraida Kamaruddin.

– Buletin TTKM-



LIKE us on FACEBOOK



Posting terkini:

Ada lagi berita menarik: