“Harapan tipu sarapan budak-budak sekolah” – Najib

Oleh : Najib Razak

Akhirnya janji Program Sarapan Pagi (PSP) percuma PH yang dikatakan akan memberi manfaat kepada 2.7 juta murid sekolah dan dibiayai oleh cukai gula telah terkubur.

PH terbukti menipu kanak-kanak sekolah.

Pada permulaan tahun ini, masih ada penyokong PH yang mempertahankan bahawa PSP tetap kekal dan akan dilaksanakan mengikut fasa.

Mereka kata fasa pertama PSP akan bermula 20 Januari 2020 membabitkan 100 sekolah dari seluruh negara dengan 37,000 murid dan 1,600 guru bertugas setiap hari.

“27 Dis 2019: Fasa pertama Program Sarapan Pagi mula 20 Januari”
https://www.bharian.com.my/…/fasa-pertama-program-sarapan-p…

Hari ini 21 Januari 2020.

Terkeluar berita bahawa “KIRA-KIRA 4,000 murid di 100 sekolah terpilih di seluruh negara menikmati sajian sarapan pagi percuma fasa pertama yang bermula semalam di bawah Rancangan Makanan Tambahan (RMT) yang diperkenalkan oleh kerajaan BN sejak tahun 1979.”

“21 Jan 2020: RMT lahirkan generasi pelajar yang sihat”
https://www.sinarharian.com.my/…/RMT-lahirkan-generasi-pela…

Jumlah 2.7 murid sekolah yang telah diturunkan ke 37,000 murid untuk kononnya fasa pertama, akhirnya diturunkan lagi ke 4,000 murid semalam.

PSP pun diubah balik ke RMT zaman BN.

Hasil cukai yang dijanji oleh PM ke-7 akan membiayai program PSP Maszlee sudah pergi entah ke mana.

Patutlah tiada seorang menteri berani jawab hari itu apabila saya dan Wee Ka Siong tanya ke mana perginya PSP yang dijanjikan PH.

 


Artikel di atas adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pendirian Buletin TTKM- Editor

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.