Najib beri dana kepada TTKM berjuta ringgit- Ratu Naga.

Kuala Lumpur, 21 Jan: Ketua Penerangan Wanita PKR, Syarul Ema atau lebih dikenali sebagai Ratu Naga mendakwa Najib memberi dana berjuta ringgit kepada agensi dan laman facebook Tentera Troll Kebangsaan Malaysia (TTKM) untuk menjenamakan semula imej Najib dari penyamun kepada bos.

“Apa saya nampak, cara Najib buat dulu kelihatan bangsa and rakyat kita murah. Semuanya duit. Kalau 9 tahun Najib pimpin Malaysia cara baik tanpa samun bermewah duit rakyat kan bagus. Ni lak walau pun dah kalah, Najib boleh danakan berjuta lagi untuk agensi dan ttkm untuk brandingkan jenama penyamun sebagai bos. Najib rosakkan dan terus rosakkan moral rakyat.” – Ratu Naga

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=2368002429970761&set=a.227478340689858&type=3&theater

Walau bagaimanapun, beliau tidak memberikan sebarang bukti kepada pertuduhan itu.

Laman facebook Tentera Troll Kebangsaan Malaysia (TTKM) yang  dimulakan pada 2014  kini merupakan antara laman facebook troll politik no 1 negara dan mempunyai lebih  540 000 pengikut.

Ini bukan kali pertama Ratu Naga membuat tuduhan sedemikian.

Pada 17 April 2019, Ratu Naga mendakwa laman facebook TTKM (Tentera Troll Kebangsaan Malaysia) merupakan cyber trooper baru Najib Razak yang menyokong bekas perdana menteri itu kerana duit.

Penyokong najib ada Haiza je. Mykemut and caitro BN lain semua hilang lepas tak di bayar. So now TTKM salah seorang and few agensi perunding imej jadi caitro baru Najib. Patut Najib kata caitro BN dulu menghabiskan beras je. Sokong kerana duit adalah racun akhlak. –  Syarul Ema Rena

Pada 21 April 2019 pula , beliau mendakwa laman FB TTKM merupakan admin kepada FB Najib Razak.

“Masa ni Najib Razak dalam mahkamah, kandang tertuduh. Sibuk sedang di tunjukkan cek-cek yang merembat duit rakyat. Masa ni Tentera Troll Kebangsaan Malaysia sibuk upkan status dalam page Najib. Panik ke sebab saya kantoikan korg dengan id fake beribu-ribu tu. Kat wall Najib id yang sama sedang puji Najib keh keh keh. Software bot tu harga dia puluh ribu, mahal software tu. mampu jugak korg ek? Semata nak guna untuk mencacai je” – Syarul Ema Rena

Tambah Ratu Naga lagi,  bukti admin TTKM adalah admin FB Najib Razak kerana penggunaan slanga anak muda yang tidak mungkin digunakan oleh Najib seperti penggunaan perkataan ‘ serius doh’.

“Dan bila anda lihat page Najib sendiri, fikir ayat-ayat Najib di page tu. Ayat troll, ayat bukan milik Najib, troll sana sini.” – Syarul Ema Rena

Syarul Ema Rena dilantik sebagai Ketua Penerangan Wanita Pusat PKR untuk sesi 2018-2021.

48275166_1824568701005264_6899171809137000448_n.jpg

Sebelum ini, Ratu Naga merupakan cybertrooper UMNO dan sering melakukan berita palsu dan kenyataan rasis untuk  membantu kempen Barisan Nasional ketika PRU 13.

Beliau juga mengakui ketika itu membina jaringan 80 cybertrooper yang menguruskan ribuan akaun media sosial palsu yang kemudiannya digunakan untuk  melakukan penipuan dan memperkecilkan pembangkang.

“Kami akan ambil nama dan gambar dari akaun sosial media di Indonesia atau Filipina untuk membuat akaun palsu, kemudian berlakon seperti penyokong pembangkang. Kami akan keluarkan kenyataan rasis… kemudian kami tangkap layar dan sebarkan ke merata tempat ”  – Syarul Ema Rena

Apabila disisihkan oleh UMNO, Ratu Naga kemudian menyertai PKR pada 2016 dengan menyerahkan borang keahliannya kepada Ketua Wanita PKR ketika itu, YB Zuraida Kamaruddin.  – Buletin TTKM-

ratubadak.png
Ratu Naga menyerahkan borang keahlian kepada YB Zuraida.

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.