Papan iklan Dr Mazlee berkos RM150,000 diturunkan.

PETALING JAYA 21 Jan: Sebuah papan iklan di Lebuh Raya Persekutuan memaparkan gambar bekas menteri pendidikan Maszlee Malik sudah diturunkan dan digantikan.

FMT melaporkan jurucakap agensi pengiklanan papan iklan tersebut berkata kontrak itu hanyalah sehingga 31 Dis tahun lepas dan dikatakan berkos RM150,000.

FMT turut memetik sumber yang tidak dinyatakan memberitahu menara papan iklan setiang itu menelan kos RM150,000 bagi tempoh 3 bulan atau RM500,000 untuk setahun kerana kedudukan papan iklan sepanjang Lebuh Raya Persekutuan dianggap sebagai kawasan emas.

Sebelum ini, papan iklan Maszlee mengundang kritikan daripada ahli majlis tertinggi PPBM, A Kadir Jasin, penasihat media kepada perdana menteri.

 

“Lebih baik mempromosikan agenda kerajaan daripada wajah menteri,” – A Kadir Jasin

Maszlee mengumumkan peletakan jawatan pada 2 Jan, kira-kira 20 bulan selepas dilantik sebagai menteri pendidikan berdasarkan nasihat Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad untuk berbuat demikian.

Beberapa kontroversi berkaitan pendidikan meletus semasa beliau berkhidmat, dengan pengkritik menyeru beliau dikeluarkan daripada Kabinet.

Selain Maszlee, beberapa menteri lain turut menaikkan papan iklan besar memaparkan gambar mereka antaranya adalah Zuraida Kamaruddin, menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan serta Rina Harun, menteri pembangunan luar bandar .-Buletin TTKM-

 

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.