Parti D*dah: “Jawapan Syed Saddiq sorok bawah karpet, dedahkan motif sebenar pertemuan dengan ahli perniagaan!” Peguam

PARTI D*DAH ITU BUKAN SEKADAR DADAH, TETAPI RUNDINGAN BISNES YANG PERLU DISIASAT DAN DIDEDAHKAN

Oleh : Asheeq Ali

Beberapa hari sebelum ini , saya ada keluarkan kenyataan media, meminta penerangan daripada YB Syed Saddiq berhubung kaitan penganjur Parti D*dah Dan Kementeriannya.

Beliau telah memberi jawapan yang tuntas, ringkas yang saya kira tidak mencukupi untuk memberi pencerahan kepada rakyat.

ss
Maklum balas KBS menjawab artikel Asheeq Ali. 

YB Syed Saddiq, tolong berlaku adil dan telus jika “Nothing To Hide”.

Dalam kenyataan media saya, saya timbulkan dua persoalan, iaitu:

1. Adakah tender tender yang diberikan kepada syarikat tersebut sebelum ini diberikan secara telus ;Dan

2. adakah syarikat tersebut sedang dalam proses untuk mendapatkan tender baharu daripada KBS?

Saya juga telah lampirkan sebanyak 29 kontrak bernilai ratusan ribu ringgit yang telah diterima oleh CEO syarikat tersebut daripada KBS dan KPM sejak tahun 2002 sehingga 2018.

Perkara ini tidak dinafikan oleh KBS. Malah pada 2019, syarikat tersebut telah diberikan tender kerajaan (bukan dari KBS) untuk membaikpulih DEWAN GIMNASTIK SMJK(C) YOKE KUAN SEKINCHAN, SELANGOR.

Kenyataan Media yang dikeluarkan oleh YB Syed Saddiq bersifat ‘sweeping under the carpet’.

KBS telah menyatakan dalam kenyataan tersebut, bahawa “Di bawah kepimpinan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Abdul Rahman, tiada penyelewengan dan salah guna kuasa berhubung dengan tatacara perolehan dan perkhidmatan di kementerian ini”.

Jika ayat tersebut benar , bukan retorik semata mata, YB Syed Saddiq sepatutnya menyiasat dan mendedahkan kepada rakyat apa motif sebenar di sebalik pertemuan di antara pegawai khasnya dengan ahli perniagaan yang telah mendapat banyak kontrak daripada KBS.

Memang betul YB, kontrak kepada CEO tersebut telah diberikan sewaktu pentadbiran kerajaan dahulu. Tetapi apa urusan pegawai khas YB , bersama beberapa lagi ahli PPBM Dan termasuk seorang ADUN KERAJAAN SEKARANG berjumpa dengan CEO tersebut di dalam sebuah parti liar dipenuhi dadah dan wanita yang dianjurkan Di condominium milik CEO tersebut?

Menurut Adhif, ADUN DENGKIL merangkap ahli PPBM, beliau hadir ke kondominium itu hanya untuk menghadiri sesi perbincangan sahaja dan tidak melakukan sebarang kesalahan mengikut undang-undang. Perbincangan yang dijalankan, bersama pegawai khas YB Syed Saddiq, ahli ahli sayap parti YB Syed Saddiq, bersama kontraktor yang dahulunya banyak menerima kontrak dari kementerian YB Syed Saddiq Dan KPM, ditemani dengan wanita dan dadah banyak menimbulkan keraguan yang perlu dijelaskan dengan segera.

Jika YB tidak dapat menyiasat Di atas kapasiti YB sebagai seorang menteri Dan sebagai ketua pemuda PPBM, YB patut, dengan segera membuat laporan kepada pihak berwajib atas kejadian tersebut.

Kerana pihak polis hanya menyiasat penggunaan dadah dalam majlis tersebut, bukannya motif Dan intipati majlis tersebut yang menimbulkan keraguan, sama ada terdapat unsur rasuah , penyelewengan atau salah guna kuasa.

Saya ingin tegaskan sekali lagi , isunya bukan dadah sahaja, tetapi lebih besar, isu rundingan sulit bersama pegawai kerajaan yang ditemani habuan d*dah Dan wanita!

ASHEEQ ALI BIN SETHI ALIVI

PEGUAMBELA DAN PEGUAMCARA


Artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pendirian Buletin TTKM- Editor

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.