Syed Saddiq sifatkan penyokong Anwar yang desak Tun berundur sebagai tidak bertanggungjawab dan tidak berdisiplin

Oleh : Syed Saddiq

Saya merupakan seorang Ahli Majlis Presiden Pakatan HARAPAN.

Sebelum PRU14, saya bersama ahli majlis Presiden yang lain bersetuju secara konsensus untuk mengangkat YAB Tun M sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-7.

Kami juga setuju DS Anwar akan menggantikan YAB Tun selagi perjanjian ini dihormati.

Selepas PRU14, saya masih seorang Ahli Majlis Presiden Pakatan HARAPAN.

Saya juga dilantik sebagai Ketua Pemuda HARAPAN.

Tidak pernah sekali pun Tun mengingkari janjinya.

Setiap kali ditanya berkenaan transisi, Tun sentiada menjawab dengan tegas bahawa beliau akan melepaskan jawatan kepada DS Anwar.

Walaupun didesak kiri & kanan oleh sekutu DS Anwar, Tun M masih tetap dengan pendirian ini.

Beliau amat menghormati Konsensus PH.

Persoalannya, mengapa penyokong kuat DS Anwar seperti YB Ramkarpal, YB Ramasamy, YB Johari Abdul, YB Ronnie Liu, YB Abdullah Sani, YB Akmal Nasir, Rafizi Ramli, Syukri Razab, Syed Husin dan banyak lagi tidak habis habis mempersoalkan kedudukan YAB Tun M sebagai Perdana Menteri?

Sejak tahun lepas mereka mempersoalkan kedudukan YAB Tun M dan membelakangkan KONSENSUS PH..

Tidak sampai 2-3 tahun Tun M memegang jawatan sebagai Perdana Menteri, mereka sudah mendesak YAB Tun M meletakkan jawatan.

Bagaimana YAB Tun M ingin mentadbir negara jika setiap hari didesak, ditekan dan diserang oleh mereka yang dianggap sebagai sekutu DS Anwar?

Saya melihat perkara ini sebagai satu tindakan tidak bertanggungjawab dan tidak berdisiplin.

Malahan, lebih daripada itu tindakan ini boleh dianggap tidak mengutamakan kepentingan negara dan rakyat.

Jika mereka boleh membelakangkan konsensus dan persetujuan bersama PH, bolehkah saya lakukan yang sama, jika saya mahu?

Get your house in-order!

Stop demanding for our democratically elected Prime Minister to step down and please respect PH’s consensus!

Syed Saddiq
Ahli Majlis Presiden PH
Ketua ARMADA
Ketua Pemuda Pakatan Harapan


Artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pendirian Buletin TTKM. – Editor

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.