Penularan berita palsu Coronavirus: Kenyataan bersama PDRM dan SKMM

Kenyataan Media Bersama PDRM dan SKMM Mengenai Penularan Berita Palsu Wabak Novel Coronavirus (2019-nCoV)

PDRM dan SKMM mengambil serius akan perbuatan ini dan tidak akan bertoleransi terhadap mana-mana pihak yang menyebarkan berita palsu sehingga menyebabkan ketakutan, panik atau kegusaran kepada orang awam, seterusnya menimbulkan kekecohan dan kemudaratan kepada kestabilan negara.

Pemantauan oleh PDRM dan SKMM mendapati media sosial dan pesanan dalam talian telah menjadi satu platform utama bagi penularan berita palsu mengenai Novel coronavirus (2019-nCoV).

Penyebar berita palsu boleh diambil tindakan di bawah Seksyen 505 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun, atau denda atau kedua-duanya. Pendakwaan turut boleh dibuat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM100,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya. PDRM dan SKMM telah mengenalpasti empat (4) individu untuk membantu siasatan penyebaran berita palsu berkaitan dengan Novel coronavirus (2019-nCoV).

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.