Saddiq lari lorong tikus dan panjat pagar

Ulu Tiram, 1 Feb :  Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Syed Saddiq mendakwa program sembang santai beliau malam tadi diganggu lebih kurang 200 lelaki yang disifatkan beliau sebagai g@ngster.

Atas sebab itu, beliau bersama beberapa pimpinan Pakatan Harapan lain seperti YB Rafiq, YB Mazlan terpaksa melarikan diri menggunakan jalan tikus dan melompat pagar.

“..(kami) diganggu oleh sekumpulan individu (sekitar 200 lebih orang) yang datang tidak dijemput. Mereka semua berdiri keliling berpakaian hitam datang ke majlis kami. G@ngster dan tidak hormat orang.

Mereka semua berdiri mengepung tempat makan kami, sergah dan l@nggar semua tetamu yang hadir. Mereka laung dan pekik macam-macam kata-kata kes@t. Ibu bapa saya juga jadi saksi malam ini. – Syed Saddiq

Tambah Syed Saddiq, gangster tersebut menyergah beliau dan mendesak supaya meminta maaf kepada Tengku Mahkota Johor.

“..mereka sergah supaya menteri minta maaf kepada TMJ, kalau mahu pulang dari majlis. Apa yang berlaku, saya pun tak tahu. Yang saya tahu, ini biad@p dan kurang ajar. Apa salah saya? Saya berkhidmat untuk rakyat.

Lebih teruk, keselamatan semua yang hadir. Bayangkan dikepung lebih 200 orang individu lagak seperti g@ngster. Saya sendiri, YB Rafiq, YB Mazlan dan lain terpaksa lari guna jalan tikus dan lompat pagar. Lari seperti orang salah.”

Sambil menekankan tidak akan maafkan kumpulan yang beliau sifatkan sebagai biadap itu, Saddiq mengingatkan mereka yang disebalik tabir bahawa tiada sesiapa pun lebih tinggi dari perlembagaan.

Walau bagaimanapun, beliau tidak menamakan siapa yang dimaksudkan dengan ‘mereka yang di sebalik tabir” tersebut.

“Saya ingin ingatkan kepada mereka yang di sebalik tabir, Malaysia ini ada undang-undang, ada polis dan mahkamah. Tidak ada sesiapa yang lebih tinggi dari perlembagaan. Baik saya atau orang lain.

No one is above the rule of law. Ini Malaysia. Malaysia, milik semua.” – Syed Saddiq

Sementara itu, video Syed Saddiq dilanggar sekumpulan lelaki itu tular di media sosial.

Video berdurasi 54 saat itu dinaikkan di laman facebook Ops Johor setakat ini mendapat lebih 1300 perkongsian.

Buletin TTKM mendapati lelaki-lelaki yang didakwa Syed Saddiq sebagai gangster  dalam video tersebut kebanyakannya memakai pakaian berwarna merah dan bukan hitam seperti yang didakwa Syed Saddiq.

Mereka melaungkan kritikan kepada Syed Saddiq antaranya : “Kaki Kencing” ” Balik, Balik!”  “Syed Saddiq penipu!”  dan “Penipu!Penipu!”  – Buletin TTKM

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.