“Samseng serang Syed Saddiq adalah UMNO” – Ketua Penerangan Armada

Ulu Tiram, 1 Feb: Ketua Penerangan Armada, Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Ulya Husamudin mendakwa mereka yang ‘menyerang’ Syed Saddiq malam tadi adalah UMNO.

Menulis di akaun twitternya, Ulya mendakwa berjaya mengesan akaun facebook lelaki tersebut yang dikenali sebagai Haizan Yazid Nordin.

“Ingat samseng-samseng yang menyerang Syed Saddiq malam tadi? Ya, saya telah menjumpai facebooknya, cuba teka… UMNO. emmm” – Ulya Husamudin

Dalam ciapan tersebut, Ulya menyertakan satu grafik akaun facebook lelaki itu dengan beberapa tangkap layar status anti kerajaan sebagai bukti mengaitkannya dengan UMNO.

ulya1

“Ini gambar kepala budak-budak tadi, sebab mereka nak main ini dari armada. Kita perlu dedahkan semua samseng umno dan mereka yang bekerjasama dengan siapa sampai sengaja jaja nama TMJ. Mereka cuba kaitkan TMJ dengan tindakan ganas, perkara ini harus disiasat” –

https://twitter.com/ulyahusamudin/status/1223407151357382658

Ciapan tersebut turut diretweet oleh Syed Saddiq.

Sementara itu, seorang pengguna facebook, Khairul Azri mempertikaikan tuduhan Ulya itu dan mendakwanya sebagai fitnah.

Khairul Azri kemudian menyertakan dua gambar yang jelas memperlihatkan perbezaan wajah terutamanya pada bahagian telinga dimana lelaki berbaju merah mempunyai cuping telinga manakala Haizan Yazid tidak mempunyai cuping telinga.

Beza betul kot. Petang – middle age, badan berisi, rambut tepi pendek, Malam muda, kurus, rambut tepi tumbuh semula. Kau ingat Dr Jekyll and Mr Hyde ke apa?Nak doxing tapi level sampah.Macam ni ke perangai level menteri dan so called Ketua Penerangan ARMADA dari PPBM. Sembang lebat anti fake news, ni kalau silap orang ni dah boleh kira sebagai memfitnah dan sebarkan orang tak bersalah. Mohon SKMM tak pilih bulu kalau brother ni buat laporan esok.”
– Khairul Azri

83475726_10221914552801823_7938639089740283904_o (1)

kiri, Haizal Yazid, kanan lelaki yang didakwa Ulya menyerang Syed Saddiq. – Kredit FB Khairul Azri.

Sementara itu, Buletin TTKM sudah menghubungi Haizan Yazid mengenai tuduhan ketua penerangan Armada tersebut dan sedang menunggu respon beliau.

Sebelum ini, Ulya menasihatkan pengguna media sosial supaya tidak menyebarkan perkara palsu.

“Menurut SKMM dan Polis untuk usaha membendung Berita Palsu , Group whatsapp juga boleh disiasat bila mana ada laporan oleh ahli group yang adanya disebar berita palsu. Jadi tuan-tuan, puan-puan, makcik pakcik hati-hati sebarkan perkara palsu.
#tidakpastijangankongsi” – Ulya Hisamudin.

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10220141787908274&set=a.2386349811491&type=3&theater

Malam tadi, Syed Saddiq mendakwa dilanggar oleh lebih 200 lelaki yang beliau sifatkan sebagai gangster sehingga terpaksa melarikan diri melalui lorong tikus dan memanjat pagar.

83584190_648303639248390_1304180236908232704_o

Gambar tular di media sosial, Syed Saddiq lari panjat pagar.

– Buletin TTKM-

Author: Buletin TTKM

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.