Isu Tol: Najib jawab setpol Kit Siang.

Pegawai khas Lim Kit Siang tak mengalah.

Oleh : Najib Razak.

Dia masih mahu tuduh saya lanjutkan tol Lebuhraya Utara-Selatan PLUS 8 tahun ke tahun 2038 pada tahun 2011.

Keluarkan siaran media bahawa saya padam posting yang saya pernah mengaku saya lanjutkan tol tersebut 8 tahun apabila kerajaan kita beli balik PLUS sepenuhnya dari tangan swasta pada tahun 2011.

Image may contain: text

Nak tahu dia bohong atau tidak?

Cuma suruh dia jawab 5 soalan.
(Jawapan pun saya telah beri.)

1. Bila konsesi tol PLUS asal tamat? (2018).
2. Berapa tahun PM ke-4 lanjut tol pada 1999? (12 tahun)
3. Berapa tahun PM ke-5 lanjut tol pada 2005? (8 tahun)
4. 2018 + 12 + 8 = berapa? (2038)
5. Najib lanjut tol berapa tahun supaya tempoh konsesi tol meningkat dari tahun 2038 menjadi tahun 2038?

Lalu pegawai khas Lim Kit Siang itu perlu buat posting atau tweet dengan perkataan tersebut:

“Saya, Syahredzan Johan, sahkan bahawa Najib Razak pada tahun 2011 telah melanjutkan tempoh konsesi tol Lebuhraya Utara Selatan PLUS sebanyak 8 tahun dari tahun 2030 hingga ke tahun 2038.”

Setelah menjawab 5 soalan tersebut dan membuat posting dan tweet itu, baru saya layan dia lagi.

Berani tak?

Kalau nak lagi meyakinkan, dia juga boleh buat dua lagi posting (tapi optional lah) yang berbunyi berikut:

“Saya sebagai ahli seumur hidup DAP yang taat setia, percaya penuh dengan logik Guan Eng bahawa sambungkan tol 20 tahun adalah langkah pertama untuk mansuhkan tol”.

“Saya percaya bahawa seluruh Rakyat Malaysia amat rela dividen KWSP mereka berkurang 0.5% setahun (misalnya dari 5.5% ke 5.0%) setiap tahun sepanjang konsesi tol supaya mereka boleh menikmati diskaun 18% dan juga menikmati baki tempoh konsesi tol yang digandakan dari 18 tahun lagi ke 38 tahun lagi.”


Artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pendirian Buletin TTKM – Editor

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.