ISU TOL: “NAJIB RAZAK LUPA STATUS FB SENDIRI?” – SetPol Lim Kit Siang

 

Oleh : Syahredzan Johan

Hari ni, DS Najib Razak memuatnaik satu status FB sindir saya, konon saya punya matematik ‘koyak’ berkenaan dengan satu tweet saya tentang perlanjutan konsesi lebuhraya PLUS.

Kononnya, saya tidak pandai kira sebab kata pada tahun 2011 konsesi lebuh raya PLUS dipanjangkan.

Image may contain: 1 person, text

Tapi sebenarnya dia yang kantoi teruk, sebab dia lupa status FB dia sendiri pada tahun 2018.

Dia lupa status dia sendiri pada tahun 2018 yang dengan bangganya dia kata:

“Oleh itu, perjanjian konsesi dirunding sekali lagi pada tahun 2011.

Hutang pampasan RM6.5 bilion dari kerajaan tidak perlu dibayar lagi dan kadar kenaikan tol diturunkan dari 10% setiap 3 tahun kepada 5% setiap 3 tahun tetapi tempoh konsesi tol dilanjutkan 8 tahun lagi kepada tahun 2038.

Saya mengaku bersalah kerana telah menjadikan kerajaan dan rakyat sebagai kroni baru untuk lebuhraya tol PLUS pada tahun 2011.”

Saya ulang semula.

Najib sendiri yang mengaku pada tahun 2011, TEMPOH KONSESI TOL DILANJUTKAN 8 TAHUN LAGI KEPADA 2038.

Tak percaya? Pautan sini: https://www.facebook.com/15785120…/posts/10155797708665952/…

 

Image may contain: 1 person

Saya cuma ada satu soalan kepada Najib:

Adakah Datuk Seri makan semut, sampai lupa apa Datuk Seri cakap tak sampai 2 tahun lepas?

UPDATE: Najib Razak sudah padam post beliau tahun 2018. https://www.facebook.com/236402373940290/posts/493558971557961/



Artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili penditian Buletin TTKM. Penulis merupakan setiausaha politik Lim Kit Siang.

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.