Sajad tidak ditahan – Kedutaan Malaysia di Riyadh.

Kuala Lumpur, 3 Februari : Kedutaan Malaysia di Riyadh, Arab Saudi menafikan khabar angin Sajad telah ditangkap ketika di lapangan terbang Jeddah.

“Setakat ini, kami tidak menerima sebarang maklumat penahanan dibuat” –  Embassy of Malaysia, Riyadh

Kedutaan Malaysia di Riyadh itu berkata demikian apabila dihubungi Buletin TTKM melalui laman facebooknya.

buletin ttkm

Sejak semalam, satu status oleh sepupu Sajad, Nurnilam Sari mendakwa Muhammad Sajjad telah ditangkap di lapangan terbang Jeddah.

83671012_213196856387732_5792176222322556928_n

Walau bagaimanapun, status tersebut telah dipadamkan pagi ini.

Sementara itu, kerajaan Malaysia kesal dengan tindakan ahli perniagaan kontroversi, Muhammad Sajad Kamaruzaman dan rakan-rakannya yang bertelekung serta menjalani ibadah umrah seperti wanita.

Sinar Harian memetik Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof sebagai berkata, tindakan itu telah mencemarkan imej Islam dan hubungan baik Malaysia dengan Arab Saudi.

“Saya kesal dengan tindakannya, sudahlah itu dipaparkan pula di Instagram seolah-olah bukan kesalahan,” – Mujahid

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas sesi townhall Maqasid Syariah di Kementerian Kesihatan Malaysia di sini hari ini.

Menurutnya, agensi pelancongan yang membawa Muhammad Sajad,35, sepatutnya sedia maklum dengan status lelaki itu.

Sejak semalam, gambar dan video Muhammad Sajad bertelekung di tanah suci menjadi perbualan hangat netizen yang rata-ratanya mengkritik tindakan beliau.

Ini kerana sebelum beliau berlepas ke tanah suci, beberapa gambar  Muhammad Sajad berpakaian umrah lelaki tular di media sosial.

Pada perkembangan berlainan, laman sesawang agensi pelancongan terbabit kini tidak dapat diakses. -Buletin TTKM-

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.