Hidup bermaruah atau m@ti melawan

Surat pembaca oleh : Abdul Rahim Hilmi Zakariya

Saya difahamkan 7hb Februari ini akan menjadi penentu keputusan kepimpinan UMNO sama ada untuk membentuk kerajaan bersama kumpulan PM7 atau kekal sebagai pembangkang. Asas pertimbangan ini adalah bagi mengekang DAP dan menolak seorang individu yang dilihat terlalu bersungguh mahu menjadi Perdana Menteri.

Saya bukan ahli UMNO. Dan saya tiada apa-apa autoriti untuk bercakap bagi pihak UMNO. Tetapi jika saya pemimpin UMNO, saya akan belajar daripada DS Najib Razak

Selepas PRU14, beliau disakiti, din1sta, dilayan bagai tiada jasa. Beliau disekat dengan pelbagai cara, dihakimi oleh media massa. Tetapi dia tidak pernah sesekali tunduk menyerah kalah kepada sesiapa.

Apabila DSAI memberi jaminan melalui DS Nazri Aziz bahawa jika UMNO menyokongnya maka DS Najib akan diberi keadilan yang sempurna, dia tetap tidak memilih untuk menyambut tangan yang mahu mengeluarkan dia daripada bahaya. Walaupun itu menyebabkan sebelah kakinya bagaikan sudah di penj@ra.

Ketika untung nasibnya menjadi taruhan, dia tidak memilih Anwar dan tidak memilih Mahathir

Tetapi dia memilih saya. Dia memilih kamu. Dia memilih untuk bersama kita semua

Dia memilih RAKYAT

Kerana UMNO mesti bangkit dengan bermaruah, bukan dengan menumpang tuah

UMNO mesti bangun sendiri daripada rebah, bukan dengan memaut tongkat yang salah

UMNO mesti berdiri sendiri menjulang senjata, bukan menjadi perisai kepada musuh yang nyata.

HidupBermaruahAtauM@tiMelawan

Artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pendirian Buletin TTKM – Editor.

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.