UMNO hipokrit jika bergabung dengan Mahathir

Oleh : Khairul Azri

Engkau orang yang dalam UMNO yang kini konon acah realpolitik ini tak payahlah nak ‘psyco’ rakyat di bawah ni dengan momokan, “kamu nak ke Anwar dan DAP jadi kerajaan’, atau adakah kami menyokong keduanya untuk berkuasa kalau tak mahu sambut tangan Mahathir.

Pertama, tak timbul pun sebenarnya jika rakyat tidak menyokong Mahathir + Muafakat Nasional itu adalah seolahnya menyokong Anwar dan DAP, sebab kami memang tahu dari dulu lagi Mahathir ini hanyalah PM sementara.

Bahkan, Mahathir pun dah berjanji untuk jadi ‘kuda tunggangan’ Anwar dalam menjadi PM-8 dan DAP menjadi kerajaan.

Ini bukan den yang koba ya, ini Nga Kor Meng dengan Superman Hew kaki ‘skrew’ yang sebut, boleh Google sendiri dekat YouTube, ‘Mahathir kuda tunggangan’.

Jadi kalau kau tanya den, sebenarnya siapa yang sudi nak berkerjasama dengan Mahathir demi mengekalkan Mahathir berkuasa, kita rakyat di bawah ini boleh gelarkan mereka sebagai ‘kuda tunggangan’ kuasa dua.

Sebabnya,

Ya benar kamu mungkin akan memberi sedikit masa tambahan untuk Mahathir terus berkuasa..

Namun dalam masa yang sama kamu juga akan seterusnya memberi ‘nyawa’ kepada Anwar dan DAP untuk mer@mpas kuasa daripada Mahathir di kemudian hari tatkala kamu hanya mampu kekal mengemis menagih kuasa dengan sang penguasa kerana kamu akan ditolak ‘total’ oleh rakyat di bawah.

Apapun, kalaupun benar UMNO atau MN berm@ti-m@tian nak bergabung jugak dengan Mahathir pada akhirnya..

Silakan, jangan malu jangan segan..

Sebab senang sikit untuk esok nanti, kami semua pergi canang dekat ceruk-ceruk kampung dan lorong-lorong bandar satu Malaysia yang UMNO atau MN sebenarnya hipokrit.

Hipokrit kerana sanggup bersetuju dengan pengh1naan Mahathir kepada rakyat di bawah seperti, “Melayu Malas, Rasuah itu Budaya Melayu, Melayu Hanya Mengharapkan Kerajaan, Orang Miskin Malas, Orang Miskin Tak Mahu Berkerja Penjawat Awam itu Beban” dan bermacam-macam lagi hinaan.

Hipokrit kerana sanggup bersetuju dengan dasar-dasar Mahathir yang menekan, menipu dengan pelbagai alasan dan tidak memenangkan kita semua sepanjang 20 bulan ini termasuklah juga ‘asset stripping’ melalui penjualan aset-aset kepentingan rakyat di bawah seperti TH, FELDA, MARA dan berbilion aset yang lain.

Ingat,

Parti politik ni ibarat ‘kenderaan’ sahaja dan ia hanya mampu ‘bergerak’ menggunakan minyak yang bernama ‘aspirasi rakyat’, kamu bun0h ‘aspirasi’ tersebut maka InshaAllah, enjin kamu akan ‘mati’ dan kelak kamu akan terkubur sendiri dan dilupakan buat selama-lamanya.

Tuntas.

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.