Wartawan penerima Kajai didakwa berhubung hantaran FB coronavirus

KUALA LUMPUR – WARTAWAN penerima Hadiah Kajai 2014 dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tiga pertuduhan menaikkan hantaran “dengan niat hendak menyebabkan ketakutan atau kegentaran kepada orang awam atau mana-mana golongan awam.”

Tertuduh, Wan Noor Hayati Wan Alias, 41, yang merupakan wartawan mengaku tidak bersalah di atas kesemua pertuduhan yang dibaca di hadapan Hakim Tawfiq Affandy Chin, menurut laporan Sinar Harian.

Mengikut ketiga-tiga pertuduhan, wanita itu didakwa membuat tiga pernyataan berasingan menggunakan laman sosial Facebook atas nama ‘Ibu Yati’.

Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 505 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Nurilya Ellyna Nor Azma meminta mahkamah tidak memberikan jaminan terhadap tertuduh.

Bagaimanapun, wartawan yang masih bertugas di salah sebuah syarikat akhbar merayu supaya jaminan diberi dalam jumlah yang rendah.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM12,000 bagi kesemua pertuduhan dengan seorang penjamin dan turut menetapkan kes disebut semula pada 11 Mac ini.

Antara lampiran pertuduhan seperti yang dikongsikan pihak polis  menunjukkan satu posting Ibu Yati seperti berikut:

WhatsApp Image 2020-02-05 at 11.32.24 AM

Pagi tadi berita kata 1000 orang China baru tiba di Penang… agaknya klu (kalau) LGE (Lim Guan Eng) kena baru darurat ke?” – Ibu Yati

Terdahulu Ibu Yati  berkata hantaran beliau itu hanyalah menunjukkan kebimbangan beliau sebagai rakyat, wartawan dan juga  mewakili kebimbangan orang ramai terhadap isu coronavirus.

Beliau juga mengkritik pengadu  hantaran beliau kerana ia telah menyebabkan kebebasan bersuara dan bertanya beliau disekat walaupun ia dijamin di bawah perlembagaan.

Kita nak tahu sejauhkah  mana kita ni selamat, kes tersebut dilaporkan di media masa. Jadi rasa ingin tahu itu. Ketika itu sekatan (perjalanan) belum dilakukan ke atas pelancong China terutama dari wilayah-wilayah yang terjejas seperti di Wuhan. Jadi rakyat termasuk saya bimbang dan  sangat risau apakah yang akan berlaku jika tiada sekatan ini.

Mungkin kerana saya juga ada anak, rasa kembimbangan itu lebih meningkat. Jadi saya perlu post tersebut untuk tujuannya mencari jawapan dan menghadap kepada penyelesaian.

..Ini kerana sebelum saya melakukan posting tersebut, saya ada baca beberapa laporan portal menyebut mengenai 1000 pelancong  China baru tiba di Pulau Pinang. Jadi itu yang saya sentuh. Ia ulasan dari portal-portal berita sebelum itu. Selepas itu, menteri pun memberikan jawapan.

Saya ini wartawan bongkar wartawan penyiasatan, kaedah yang saya gunakan adalah open source intelligent di mana kita mencipta satu ayat untuk kita mendapat jawapan dan satu lagi kita nak dapat impak dan penyelesaian. Jadi saya berharap jika saya post, ada usaha seperti menyekat pelancong dari China khususnya di Wuhan ini dilakukan . Alhamdulillah selepas beberapa ketika posting itu dibuat, memang ada sekatan dilakukan. Jadi ada impak. Saya tidak berniat apa-apa.

.. Posting saya adalah posting berbentuk soalan kerana mewakili kebimbangan, kerisauan orang ramai kerana ketika itu kerajaan belum lagi mengumumkan sekatan (perjalanan) pelancong dari China. .. ” 

-Ibu Yati –

-Buletin TTKM-

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.