Satira : Kisah offset di satu negara

Oleh : Khairul Azri

Tommy dan Don adalah pengarah dan ceo di sebuah syarikat teksi yang bernama ‘TeksiMurahZimbabwe’ di Zimbabwe.

Tommy dan Don juga ada side job di mana mereka berdua memiliki sebuah kelab badminton terkemuka di negara jiran Zimbabwe, iaitu Bhutan yang diberi nama QBR Power Rangers..

Kena tahu kelab QBR Power Rangers ini adalah milik peribadi keduanya ini, tak ada kena mengena dengan TeksiMurahZimbawbe secara legal..

Nak jadi cerita di dalam usaha mengembangkan perniagaan, TeksiMurahZimbabe telah bercadang untuk membeli 180 buah teksi baru dan di antara yang masuk tender 180 buah teksi baru ini adalah syarikat bernama BUANG.

Oleh sebab Tommy dan Don berpengaruh dalam TeksiMurahZimbabwe, maka mereka telah diapproach oleh pekerja syarikat BUANG untuk memenangi tender tersebut.

Pekerja BUANG tu pun offerlah kepada Tommy and Don kalau mereka buat keputusan beli 180 teksi daripada syarikat dia, maka dia akan bagi 50 juta Zimbabwe Dollar ke dalam kelab badminton QBR Power Rangers milik Tommy dan Don, yang takde kena mengena pun dengan TeksiMurahZimbabwe itu.

Maka Tommy dan Don setuju dengan tawaran pekerja dari syarikat BUANG itu.

Syarikat BUANG itu tanya nak tulis apa masa transfer duit ni?

Hadiah?
Sponsorship?
Derma?

Tommy dan Don kata, jangan kalau kantoi nanti kita kena tangkap dengan SPRZ Zimbabwe.

Habis tu nak tulis apa?, Tanya pekerja dari syarikat BUANG sambil menggaru kepala.

‘OFFSET’.

Maka selamatlah mereka bertiga happily every after.

-TAMAT-

*AMARAN: Kisah ini tiada kena mengena dengan yang hidup dan yang telah meninggal dunia. Serius.

1 Comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.