Adun DAP hilang kerusi Pujut, Sarawak.

KUCHING 11 Feb:  Mahkamah Persekutuan hari ini membatalkan kelayakan Adun DAP, Dr Ting Tiong Choon sebagai wakil rakyat Pujut.

Menurut laporan Bornet Post,   penghakiman majoriti 7 berbanding dua mengenepikan keputusan Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi Kuching yang mengembalikan semula Dr Ting sebagai Adun Pujut.

Walaubagaimanapun, pilihan raya kecil tidak akan diadakan kerana lebih tiga tahun sudah berlalu sejak pilihan raya negeri terakhir diadakan.

Kelayakan Dr Ting sebagai Adun Pujut dibatalkan pada 12 Mei 2017 selepas usul dibentangkan di DUN Sarawak kerana beliau didakwa mempunyai dua kerakyatan iaitu Malaysia dan Australia.

Dalam penghakiman hari ini, Mahkamah Persekutuan memutuskan DUN mempunyai kuasa untuk membatalkan kelayakan Ting kerana beliau mempunyai dua kerakyatan meskipun melepaskan satu daripadanya sebelum bertanding dalam pilihan raya negeri yang lalu.

Mahkamah rendah sebelum ini memutuskan DUN tidak mempunyai kuasa untuk membatalkan keahlian ahli DUN.

Pada pilihan raya negeri Sarawak 2016, Dr Ting memenangi pertandingan empat penjuru di DUN Pujut dengan menadapat 8,899 undi (majoriti 1,759 undi)  menewaskan Hii King Chiong (BN) 7,140 undi , Jofri Jaraiee (PAS) 513 undi  dan Fong Pau Teck (Bebas) 375 undi. – Buletin TTKM-

 

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.