Covid-19: Kelas UIAM di kampus Gombak ditangguhkan 10 hari.

Gombak 12 Feb : Kampus Gombak Universiti Antarabangsa Islam Malaysia menangguhkan semua pengajian selama 10 hari bermula 13 Feb 2020 sehingga 23 Feb 2020.

Menurut satu kenyataan oleh Rektor UIAM, Prof Emeritus Tan Sri Dato Dzulkifli Abdul Razak, langkah proaktif dan waspada maksimum itu diambil untuk menghadapi wabak Covid-19 (novel coronavirus).

” UIAM juga telah melakukan saringan kesihatan terhadap pelajar baru, termasuk juga pelajar yang kembali dari China sejak 28 Januari 2020.

Pihak Universiti juga telah menyediakan dua lokasi di kediaman UIAM untuk tujuan pemantauan. Langkah ini adalah satu keperluan bagi mereka yang kembali dari China dan juga sesiapa yang baru-baru ini berkunjung di China.”

Tambah beliau lagi, semua pelajar dibenarkan untuk pulang ke kampung halaman sekiranya mahu berbuat demikian.

Setakat ini terdapat 18 kes Covid-19 di Malaysia. 12 kes melibatkat warga China dan 6 kes warganegara Malaysia. 3 Kes setakat ini telah sembuh dan dibenarkan pulang dari wad isolasi- Buletin TTKM-

Image may contain: text

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.