Perak Corp Bhd jatuh ke taraf PN 17

KUALA LUMPUR 12 Feb: Perak Corp Bhd kini diklasifikasikan sebagai status Amalan Nota 17 (PN 17).

Dalam satu penfailan dengan Bursa Malaysia semalam, syarikat tersebut mengumumkan perkara itu selepas ia gagal dalam membuat pembayaran Pembiayaan Berjangka-i Musharakah Mutanaqisah dan Tawarruq Revolving Credit-i mencecah RM100 juta yang digerankan oleh Affin Islamic Bank Bhd.

Pada Oktober lepas, Animation Theme Park Sdn Bhd – yang 51% dimiliki subsidiari PCB Development Sdn Bhd, yang dimiliki penuh pula Perak Corp-gagal membayar prinsipal untuk kemudahan pinjaman berjumlah hingga RM280 juta yang melibatkan Affin Hwang Investment Bank Bhd, Affin Bank Bhd, Bank Pembangunan Malaysia Bhd dan Malaysia Debt Ventures Bhd.

Perak Corp berkata ia sedang membangunkan penstrukturan semula skim hutang untuk menguruskan semua hutang-hutangnya.

Selepas Pakatan Harapan mengambil alih kerajaan Perak dari BN pada PRU 14, Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming menggesa semua anggota Lembaga Pengarah Perak Corporation Berhad (PCB) meletak jawatan atas dakwaan  “pengurusan yang lemah selain syarikat milik kerajaan negeri itu mengalami kerugian yang besar”, selain mendakwa pelantikan mereka adalah lantikan politik.

Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming.

“Pelantikan mereka (anggota lembaga pengarah) adalah pelantikan politik… mereka tidak berupaya untuk menguruskan syarikat milik kerajaan Perak ini (PCB). Mereka perlu letak jawatan dengan segera dan saya meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan siasatan terhadap syarikat itu.

“Saya tidak ingin buat sebarang tuduhan, tapi saya rasa adalah tanggungjawab SPRM menjalankan siasatan supaya mereka yang terlibat dalam salah laku penyelewengan harus ke muka pengadilan,”  – Nga Kor Ming. 

Ahli Lembaga Pengarah Perak Corp yang baharu mempunyai 7 ahli di mana 5 daripada mereka merupakan  lantikan politik, iaiatu calon PRU14 dan adun Pakatan Harapan.

  1. Encik Khairul Anuar Bin Musa (Independent and Non-Executive Director) : Calon PH ( PKR) N19 Chenderoh.
  2. Encik Hatim Bin Musa (Independent and Non-Executive Director) : Calon PH (AMANAH) N53 Rungkup.
  3. Encik Mohamed Azni Bin Mohamed Ali (Independent and Non-Executive Director) : Calon PH (BERSATU) P 72 Tapah.
  4. Puan Ng Shy Ching (Independent and Non-Executive Director) : ADUN PH (PKR) N45 Teja
  5. Encik Chong Zhemin ((Independent and Non-Executive Director) :  ADUN PH (DAP) N42 Keranji. 

Sehingga berita ini ditulis, tiada sebarang kenyataan dari Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming berhubung pengklasifikasian Perak Corp sebagai status Amalan Nota 17 (PN 17).

Antara manifesto PH pada PRU14 lepas adalah tiada lantikan politik dalam syarikat berkaitan kerajaan. -Buletin TTKM-



LIKE us on FACEBOOK



Posting terkini:

Ada lagi berita menarik:

Exit mobile version